Monday, December 8, 2014

Mana Pilihan?Temukanlah, Ya Allah..

Salam bahagia semua,
Jarang sekali aku bercoret tentang hal berkaitan dengan perasaan dan hati. Bukan mudah untuk membuat sesuatu pilihan. Sama ada ingin membeli sesuatu barang ataupun hal menentukan pasangan.Aku sudah mendapat dua panggilan untuk menemukan aku dengan anak-anak mereka.


Yang pertama, sudah setahun juga aku berkenalan dengan wanita yang asalnya bukan pilihan hati. Kata mak ayah dia, dia memang sudah suka dengan aku sejak kenal dulu. Tapi, apabila aku cuba mendekatkan diri untuk berkenalan dengan rapat, semacam lagak dan gayanya tidak seperti apa yang mak ayah dia beritahu dulu. Katanya, anaknya ada orang hendak pinang, anaknya menolak melainkan aku yang meminang. Tapi bila aku ajak nikah dia kata belum sedia. Sekali lagi aku ajak bertunang sebagai ikatan dia juga kata dia lebih suka terus bernikah. Dia lebih suka nikah terus daripada ada bertunang. Tapi aku rasa sebenarnya aku yang beriya atau siapa yang beriya. Aku yang memainkan perasaan orang atau perasaaan aku yang dipermainkan. Aku keliru. Betul-betul keliru. Dia minta tidak kata dia menolak atau menerima ajakan aku, tapi dia cuma minta tempoh sehingga dua tahun. Itupun dia masih rasa muda.Pening kepala aku bila memikirkan perkara yang Allah sudah tentukan dan rahsiakan iaitu jodoh aku.


Untuk kedua kalinya aku mendapat panggilan daripada seorang cikgu yang sudah aku kenali. Awal-awal pagi aku mendapat panggilan. Aku berasa pelik tak pernah-pernah cikgu aku telefon aku.Aku bertanya apa kemahuannya.Cikgu aku bertanya kepada aku sudah ada calon atau tidak. Aku tak terkata dan tertanya apa tujuan sebenar dia. .Rupa-rupanya ingin memperkenalkan anaknya yang sememangnya aku sudah kenal dulu. Kini anaknya sudah bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan. Aku rasa ini peluang aku untuk berkenalan dengan wanita yang lain. Semalam aku cuba berhubung dengan anak cikgu aku,tapi langkah kiri. Mood dia tidak begitu baik. Dia kepenatan bekerja. Yelah doktor kerajaan. Mana tak penatnya. Melayan pesakit yang selalu ada dan bersilih ganti tanpa henti.

Ada juga beberapa wanita lain yang aku pun tak pasti apa perasaan mereka terhadap aku.Tapi aku dapat rasakan yang mereka juga ada hati dengan aku. Cuma aku masih keliru dan buntu. Aku selalu berdoa agar Allah tunjukkan kepada aku mana yang baik untuk aku. Aku tak harapkan yang sempurna, tapi aku harapkan jodoh aku nanti yang dapat menerima aku seadanya,dapat bersusah senang sama,dan saling lengkap melengkapi dan perkahwinan yang memberikan seribu jalan yang diredhai-Nya. Ya Alah berikanku jalan.Amin.

Rakan-rakan pembaca doakan aku.


0 comments: