Saturday, November 6, 2010

Minggu Peperiksaan Bermula

0 comments
Minggu ini adalah minggu peperiksaaan, namun tiada apapun yang aku lakukan untuk persediaan peperiksaan. Hanyalah dengan menyelak nota. Mungkin kerana hanya 3 kertas sahaja yang akan aku  ambil menyebabkan aku tidak bersungguh-sungguh pada peperiksaan kali ini. Namun, esok hari aku akan pastikan yang aku akan mula mengulang kaji pelajara sebaiknya. Bukan ingin menjadi pelajar terbaik cukuplah sahaja melepasi target yang aku sasarkan.

Sunday, October 17, 2010

Melangkah dengan Bismillah

2 comments
Asslamualaikum..w.b.t
Hari ini 17 Oktober 2010 pada jam 2.55 p.m di rumahku di Jalan Klang Lama KL aku terfikir aku untuk membina sebuah blog. Sebenarnya sudah lama berkeinginan untuk melakar sesuatu seperti di blog ini, tapi kali ini terdetik pula di hati ingin memulakannya. Walaubagaimanapun, aku berharap dapatlah saya menceritakan dan berkongsi pelbagai cerita dan perjalanan hidup aku sebagai pedoman kepada diri sendiri dan kepada yang lain. Aku berharap ada yang terbaik untuk aku pada masa akan datang.