Saturday, November 22, 2014

Selamat Tinggal Kumpulan Murid Pertamaku...2012-2014

Alhamdulillah selesai juga tahun 2014 ni. 
Aku ingin berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku pada semalam. Semalam merupakan Sambutan Hari Kanak-kanak, Majlis Perpisahan Guru Besar Encik Lim Chian Teng dan Tahun 6 serta Hari Q untuk SJKC Bertam Ulu. Semua aktiviti berjalan dengan lancar, cuma sebeleum slot terakhir persembahan khas daripada murid tahun 6, ada penyampaian bunga oleh murid tahun 6 untuk semua guru di sekolah aku. Masing-masing memberi bunga dan guru memberikan ucapan terima kasih dan nasihat ringkas sambil iringan lagu yang sayu dimainkan. Selepas itu, sesi mengambil gambar bersama-sama. Spontan aku memanggil seorang murid lelaki Cina untuk bersalam dengannya. Lantaran itu, dia bersalam dan memeluk erat aku sambil menangis teresak-esak dibahu aku. Aku terharu dan sedikit sedih. Sekilas aku teringat tahun pertama aku mengajar murid tahun 6 ini pada tahun 2012 yang lepas. Mereka baharu sahaja berumur 10 tahun. Mereka juga merupakan murid pertama aku yang aku ajar di sekolah itu. Murid tadi,seorang murid yang pandai dan petah berbicara, cuma apabila dimarah atau dirotan oleh aku,dia akan menangis teresak-esak dan tertiarap di atas lantai kelas. Setiap kali dimarah dia akan berbuat begitu. Sehinggakan aku tak larat hendak memujuk dan hanya diamkan sahaja. Akhirnya dia akan reda sendiri dan aku akan memanggilnya untuk memberikan nasihat selepas kelas. Patutlah sejak kebelakangan ini,dia rajin meminta supaya untuk membantu apa-apa kerja. Minggu ini sahaja aku sibuk menghias pentas dan dewan. Dia tak segan dan rajin ingin membantu aku. Aku berharap dia dan semua rakannya menjadi manusia yang berguna dan tidak lupa akan semua gurunya yang banyak berjasa. Itu juga pesanan aku berikan kepadanya semasa dia teresak-esak menangis. Namun kini, hela tawa dan tangis murid tahun 4 yang dulu aku ajar tiada lagi. Mereka sudah melangkau ke usia remaja. Banyak sangat kenangan aku bersama-sama mereka. Semoga berjaya anak muridku.


                 Semasa membuat persembahan Bahasa Melayu untuk MBMMBI


                  Murid yang aku maksudkan yang memakai tali leher merah.Tan Yew Liang
video

            Semasa menyambut hari lahir Hadhirah yang ke-10 tahun 2012

0 comments: