Thursday, December 18, 2014

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

0 comments
Salam hormat semua,
Aku baru sahaja menonton sebuah karya filem Hamka atau dikenali dengan nama Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Karya agungnya ini sangat membuatkan jiwa dan rasa hati aku terusik saat mendalami jalan cerita yang dihasilkan asalnya dari sebuah novel ciptaan Hamka. 

Ringkasan Cerita 
     Cerita merupakan karya kritikan sini tentang perbezaan adat dan budaya masyrakat Indonesia. Perdebatan mengenai harta warisan antara Pendekar Sutan dengan bapa saudara berakhir dengan kematian. Akibat membunuh bapa saudaranya Pendekar Sutan diasingkan dari Batipuh ke Cilacap selama dua belas tahun. Setelah bebas, Pendekar Sutan memilih menetap di Makassar dan menikahi Daeng Habibah. Akan tetapi, setelah memperoleh seorang anak bernama Zainuddin, Daeng Habibah meninggal dan, tak lama setelah itu, Zainuddin menjadi yatim piatu.

     Ketika beranjak remaja, Zainuddin meminta izin kepada pengasuhnya, Mak Base untuk berangkat ke Minangkabau.  Dia telah lama ingin menjumpai tanah asal ayahnya di Batipuh. Namun, kedatangan Zainuddin tidak mendapatkan sambutan baik di tengah-tengah struktur masyarakat yang bernasabkan kepada ibu itu. Ia dianggap tidak memiliki pertalian darah lagi dengan keluarganya di Minangkabau hanya kerana ibunya berasal dari Bugis. Akibatnya, ia merasa terasing dan melalui surat-surat dia kerap mencurahkan kesedihannya kepada Hayati, perempuan keturunan bangsawan Minang yang prihatin terhadapnya.

    Setelah itu, Zainuddin dan Hayati sama-sama mulai jatuh cinta, Zainuddin memutuskan pindah ke Padang Panjang kerana bapa saudara yang berpangkat sebagai Penghulu Adat ingin memintanya untuk keluar dari Batipuh. Sebelum berpisah, Hayati sempat berjanji kepada Zainuddin untuk selalu setia. Sewaktu Hayati berkunjung ke Padang Panjang karena hendak menjumpai Zainuddin, Hayati sempat menginap di rumah sahabatnya, Khadijah. Namun, sekembali dari Padang Panjang, Hayati dihadapkan oleh permintaan keluarganya yang telah sepakat untuk menerima pinangan Aziz, abang Khadijah. Aziz, yang murni keturunan Minang dan berasal dari keluarga berada , lebih disukai keluarga Hayati daripada Zainuddin. Meskipun masih mencintai Zainuddin, Hayati akhirnya terpaksa menerima dinikahkan dengan Aziz.

       Mengetahui Hayati telah menikah dan mengkhianati janjinya, Zainuddin yang sempat berputus asa pergi ke Jawa bersama temannya Muluk, tinggal pertama kali di Batavia sebelum akhirnya pindah ke Surabaya. Di perantauan, Zainuddin menjadi penulis yang terkenal. Pada saat yang sama, Aziz juga pindah ke Surabaya bersama Hayati kerana alasan pekerjaan, tetapi rumah tangga mereka akhirnya menjadi berantakan. Setelah Aziz dipecat, mereka menumpang ke rumah Zainuddin, tetapi Aziz lalu bunuh diri dan dalam sepucuk suratnya berpesan agar Zainuddin menjaga Hayati. Namun, Zainuddin tidak memaafkan kesalahan Hayati. Hayati akhirnya disuruh pulang ke Batipuh dengan menaiki kapal Van der Wijck. Di tengah-tengah perjalanan, kapal yang dinaiki Hayati tenggelam, dan setelah Zainuddin mendengar berita itu ia langsung menuju sebuah rumah sakit di Tuban. Sebelum kapal tenggelam, Muluk yang menyesali sikap Zainuddin memberi tahu Zainuddin bahawa Hayati sebetulnya masih mencintainya. Namun tak lama setelah Zainuddin datang, Hayati meninggal. Sepeninggal Hayati, Zainuddin menubuhkan Rumah Anak Yatim Hayati sebagai berjasa dan Zainudin menulis novel keduanya berjudul Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.

      Sinopsis di atas ini adalah diambil daripada sudut fahaman aku tentang cerita yang telah difilemkan.Mungkin juga ada perubahan atau perbezaaan dengan karya asalnya iaitu novel yang dikarang 
Hamka Tenggelamja Kapal VAn der Wijck.





Monday, December 8, 2014

Mana Pilihan?Temukanlah, Ya Allah..

0 comments
Salam bahagia semua,
Jarang sekali aku bercoret tentang hal berkaitan dengan perasaan dan hati. Bukan mudah untuk membuat sesuatu pilihan. Sama ada ingin membeli sesuatu barang ataupun hal menentukan pasangan.Aku sudah mendapat dua panggilan untuk menemukan aku dengan anak-anak mereka.


Yang pertama, sudah setahun juga aku berkenalan dengan wanita yang asalnya bukan pilihan hati. Kata mak ayah dia, dia memang sudah suka dengan aku sejak kenal dulu. Tapi, apabila aku cuba mendekatkan diri untuk berkenalan dengan rapat, semacam lagak dan gayanya tidak seperti apa yang mak ayah dia beritahu dulu. Katanya, anaknya ada orang hendak pinang, anaknya menolak melainkan aku yang meminang. Tapi bila aku ajak nikah dia kata belum sedia. Sekali lagi aku ajak bertunang sebagai ikatan dia juga kata dia lebih suka terus bernikah. Dia lebih suka nikah terus daripada ada bertunang. Tapi aku rasa sebenarnya aku yang beriya atau siapa yang beriya. Aku yang memainkan perasaan orang atau perasaaan aku yang dipermainkan. Aku keliru. Betul-betul keliru. Dia minta tidak kata dia menolak atau menerima ajakan aku, tapi dia cuma minta tempoh sehingga dua tahun. Itupun dia masih rasa muda.Pening kepala aku bila memikirkan perkara yang Allah sudah tentukan dan rahsiakan iaitu jodoh aku.


Untuk kedua kalinya aku mendapat panggilan daripada seorang cikgu yang sudah aku kenali. Awal-awal pagi aku mendapat panggilan. Aku berasa pelik tak pernah-pernah cikgu aku telefon aku.Aku bertanya apa kemahuannya.Cikgu aku bertanya kepada aku sudah ada calon atau tidak. Aku tak terkata dan tertanya apa tujuan sebenar dia. .Rupa-rupanya ingin memperkenalkan anaknya yang sememangnya aku sudah kenal dulu. Kini anaknya sudah bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan. Aku rasa ini peluang aku untuk berkenalan dengan wanita yang lain. Semalam aku cuba berhubung dengan anak cikgu aku,tapi langkah kiri. Mood dia tidak begitu baik. Dia kepenatan bekerja. Yelah doktor kerajaan. Mana tak penatnya. Melayan pesakit yang selalu ada dan bersilih ganti tanpa henti.

Ada juga beberapa wanita lain yang aku pun tak pasti apa perasaan mereka terhadap aku.Tapi aku dapat rasakan yang mereka juga ada hati dengan aku. Cuma aku masih keliru dan buntu. Aku selalu berdoa agar Allah tunjukkan kepada aku mana yang baik untuk aku. Aku tak harapkan yang sempurna, tapi aku harapkan jodoh aku nanti yang dapat menerima aku seadanya,dapat bersusah senang sama,dan saling lengkap melengkapi dan perkahwinan yang memberikan seribu jalan yang diredhai-Nya. Ya Alah berikanku jalan.Amin.

Rakan-rakan pembaca doakan aku.