Thursday, March 8, 2012

Berdakwah Biar kena Caranya

Terdapat sebuah kisah di sebuah kampung. Penghuni sedang berehat dan berbual bersama ahli keluarganya. Sedang mereka beristirehat,datang seperti menyerbu kediaman mereka oleh 4 orang pendakwah. Menanyakan penghuni lelaki dengan nada yang kurang sopan pada waktu yang langsung tidak sesuai menzirahi sesebuah rumah. Mungkin niat mereka baik untuk berdakwah malangnya cara dan pendekatan melulu mereka seolah-olah keras dan kurang berhikmah.Agaknya, bagaimana Islam tidak dapat didikati oleh masyarakat yang sekarang terumbang ambing dan bercelaru sedangkan pendakwah-pendakwah yang inginkan 1001 kebaikan disebarkan, malangnya alatan dan cara mereka tidak berhikmah dan tidak selaras dengan kehendak zaman.

Bagaimana dan mengapa orang yang terumbang ambing dan bercelaru hidupnya dan lari daripada tuntutan agama mahu kembali ke pangkal jalan sekirannya pendakwah-pendakwah yang ingin berdakwah dalam masyarakat masing menggunakan cara yang 'lama' , 'tidak berhikmah', dan tidak kena caranya . Fikir-fikirkanlah.

0 comments: