Monday, August 1, 2011

berbuka di depan cashier Giant ~

Salam Ramadhan semuanya...
Hari ni merupakan hari pertama Ramadhan dan hari pertama berbuka..malangnya di Ramadhan pertama ini hanya dapat berbuka di depan cashier di Giant..sedihnya, tak dapat berbuka dalam keadaan yang lebih baik bersama kawan-kawan.. Alkisahnya bermula kerana sibuk menyiapkan kerja sampai tidak perasaan waktu berbuka sudah hampir tiba..kawan saya mengajak mencarilah juadah untuk berbuka sekejap sahaja lagi..agak lewat masa hanya tinggal kurang 20 minit barulah sibuk nak mencari..


di benak memang terfikir agaknya kalau ada pun di bazaar tu nanti hanya hujung-hujung sahaja.. sesampai sahaja di bazaar dekat dengan rumah kami..tengok air pun dah habis inikan pula makanan yang berat... niat memang tak kisah nak makan apa pun tapi kecewa jugaklah disebabkan tiada apa yang tinggal...pergi lagi ke bazaar lagi satu berdekatan juga dengan bazaar tadi pun hanya tinggal makanan yang bukan-bukan...yang ramainya orang bersesak membeli air..itupun agaknya dah stock last..jadi ambil keputusan pergilah ke Giant dekat dengan rumah..jadi sambil membeli air dapatlah idea teringin nak membeli air buah..tengah beratur membayar ada pula pengumuman..rupa-rupanya pengumuman berbuka puasa..

ah, sedihnya berbuka dalam keadaan begini..usai sahaja membayar terus membaca doa berbuka dan doa makan minum terus air buah yang dibeli tadi..alhamdulillah tersebut di bibir..terdetik terfikir bagaimanalah agaknya saudara muslim yang di tempat lain tidak berasa langsung keenakkan makan atau berbuka ketika ini..ataupun orang lain sedang sibuk berbuka mereka sibuk mencari sesuap nasi untuk mengalas perut ketika berbuka dan bersahur..sedih di hati dan terfikir haruslah saya  bersyukur kerana masih diberikan rezeki walaupun hanya berbuka dalam keadaan seperti ini..lebih-lebih lagi saudara Muslim di Palestine..bersyukurlah Alhamdulillah..

“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)


~bersyukurlah dengan nikmat yang masih ada yang diberikan Allah..sesungguhnya masih ada lagi insan yang diuji berlipat kali ganda susah dan perit daripada kita..hidup kita haruslah sentiasa bersyukur..:)

2 comments:

wanacesh said...

haha~ saya pun pernah mengalami peristiwa yang sama,,ala biasalah tu kalau dah nama kerja,,alah bisa tegal biasa =)

Hafidz said...

lawak kan..haha. . mcm2 hal:)hehe