Sunday, July 31, 2011

~Selamat Datang Ramadhan. . .1432H

Assalamualaikum wbt kepada semua..semoga Allah swt memberikan keberkatan kepada kita di dunia akhirat..



Bersempena Ramadhan 1432H /2011M sama-samalah kita menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini dengan hati yang terbuka..tanamkanlah pada diri supaya sepanjang berjalannya masa dalam tempoh Ramadhan ini kita harunginya dengan penuh kesabaran dan kita manfaatkannya..

seperti yang saya kongsikan kepada anak-anak murid saya, berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah menahan diri daripada segala jenis perbuatan mungkar melibatkan keseluruhan panca indera manusia dilindungi dan dipelihara.. mata yang dihalang melihat perilaku mungkar, tangan dielakkan daripada melakukan perkara yang tiada manfaat, telinga pula menahan pendegaran dan mulutnya dipelihara  daripada berkata-kata perkara yang nyata sia-sia dan hati diajak untuk ikhlas sepenuh-penuhnya dalam menjalankan ibadahnya dengan mendapat keredhaan kelak daripada Yang Maha Berkuasa..

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar ."Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu". 

~semoga kita bersama-sama berazam kepada diri untuk melakukan yang terbaik dan berazam melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan dan amal ibadah yang dilaksanakan dalam bulan yang mulia ini menjadi pemula kepada bulan-bulan yang akan datang dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berjaya..insha Allah..semoga Ramadhan bersua dengan baik hendaknya....:)




2 comments:

ieza ashaari said...

salam Ramadhan dan selamat berpuasa.. :)

Hafidz said...

ye terima kasih..:)sama jugak tuk awk..:)