seperti yang saya kongsikan kepada anak-anak murid saya, berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah menahan diri daripada segala jenis perbuatan mungkar melibatkan keseluruhan panca indera manusia dilindungi dan dipelihara.. mata yang dihalang melihat perilaku mungkar, tangan dielakkan daripada melakukan perkara yang tiada manfaat, telinga pula menahan pendegaran dan mulutnya dipelihara daripada berkata-kata perkara yang nyata sia-sia dan hati diajak untuk ikhlas sepenuh-penuhnya dalam menjalankan ibadahnya dengan mendapat keredhaan kelak daripada Yang Maha Berkuasa..
Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar ."Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu".
~semoga kita bersama-sama berazam kepada diri untuk melakukan yang terbaik dan berazam melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan dan amal ibadah yang dilaksanakan dalam bulan yang mulia ini menjadi pemula kepada bulan-bulan yang akan datang dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berjaya..insha Allah..semoga Ramadhan bersua dengan baik hendaknya....:)
2 comments:
salam Ramadhan dan selamat berpuasa.. :)
ye terima kasih..:)sama jugak tuk awk..:)
Post a Comment