Friday, April 1, 2011

Iman Kita..?

 Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....    Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tidak menampakkan apa-apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik. "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." 
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam.  Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Baiklah Pak Imam, saya sudah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat."

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.   Macammana? adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah.  Lawakkan? dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman. Lawakkan? berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa machine gun, tapi dia tak kata pun nak bunuh.

Tapi generasi sekarang amat lemah, baru diugut sedikit terus lari lintang pukang. Langsung mereka tak menunaikan sembahyang jumaat.  Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang Jumaat. Tunjuk muka dekat orang kampung. Ada tu lagi dashyat, setahun 2 kali aje. Iaitu bila time sembahyang raya.  Lawakkan? ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran.  Lawakkan? berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.  
Lawakkan? kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai, tak cukup masa, apetah lagi berzikir.  Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread ataupun entry ataupun email yang berunsur lawak jenaka dan lucah  ke semua tempat dah rangkaian, tapi merasa amat berat nak berkongsi dan nak menghantar artikel-artikel yang berunsur agama.  Lawakkan??? Kenapa gelak? itu kan realiti.. tapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca apa yang terkandung dia atas ni akan sampaikan kepada orang lain? berapa orang yang akan buka dan luangkan masa membacanya? berapa banyak???? Wallahualam..

2 comments:

Redzuan said...

mohon kongsi ye artikel ni!sedap la pengisiannya..:)

Hafidz said...

ok..xda masalah..semoga menjadi panduan kepada kita semua..:)