Friday, April 1, 2011

Satu Pelajaran Untuk Kamu..


Cerita ini berlaku semasa aku nak mengajar tengahari tadi.Jam 10.35 hingga 12.05 p.m.Macam biasa la masuk kelas tadi ingat nak mengajar macam biasa dan sebelum mengajar nak bagi hadiah kepada semua yang berjaya dalam Ujian Bulanan 1.Sebelum itu,  aku buat semakan dalam kelas sesiapa yang tak hantar buku-buku kerja.Sebab aku rasa aku perlu buat sebab mereka makin menjadi-jadi. Ada yang sengaja tak hantar buku kerja sebab tak siap. Selalu sangat buku kerja yang dihantar tak pernah nak cukup.Lepas panggil seorang demi seorang murid yang tak hantar buku kerja sebelum ni aku letakkan di depan kelas. Ingat nak berilah denda pada mereka.Tup-tup datangla seorang murid lain panggil semua murid kelas aku jumpa dengan cikgu kelas mereka.Aku pun berilah kebenaran.

Agaknya murid yang terlepas daripada denda aku mesti bersyukur sebab tak kena denda. Balik seorang demi seorang masuk dalam kelas. Masuk seorang nangis teresak-esak. Aku pun tanyalah kenapa ni. Mereka menjawab kena rotan dengan cikgu disiplin sebab nama mereka dah banyak tercatat dalam buku masalah disiplin atas alasan tak siap kerja sekolah, tak bawa buku dan sebagainya. Selepas semua masuk aku tanyalah sebahagian murid yang lain berapa banyak kena rotan ada yang jawab dan ada yang tak berpuas hati di wajah mereka. Aku pun rasa mereka ni  memang budak-budak nak kena la aku agaknya.Tak apa. Aku pun berilah nasihat macam biasa. Suruh mereka berfikir kenapa cikgu disipin itu rotan mereka semua. Apa kesan kalu cikgu tak berikan kesedaran pada mereka. Apa kesan kalau tak belajar?dan banyak lagi soalan supaya mereka semuanya berfikir. Sebab aku buat ni banyak aduan daripada cikgu-cikgu tentang mereka semua. Agaknya cikgu kelas berfikir dia patut bertindak. Seterusnya aku nasihatlah mereka  sehinggalah seperti dalam kelas motivasi. Aku perasan seorang demi seorang menitiskan air mata.Aku pun teruja untuk teruskan berikan nasihat kepada mereka. Lagipun masa pengajaran aku cuma tinggal beberapa minit sahaja. Biarlah aku berikan peluang kepada mereka untuk sedar apa yang berlaku hari ini. Masa aku 'brainwash' mereka aku sempat suruh mereka berjanji supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan cuba belajar bersungguh-sungguh.


Aku juga minta mereka supaya minta maaf dengan cikgu-cikgu yang lain supaya pembelajaran mereka lebih berkat. Sebab aku rasa faktor kenapa mereka kurang dapat tangkap pengajaran sebab hubungan cikgu dengan murid. Setiap hari ada sahaja masalah dan masalah ini meyebabkan seolah-olah keberkatan ilmu yang mereka peroleh itu tidak sampai sepenuhnya oleh perkara seperti ini. Jadi amu juga menyuruh juga murid berfikir sekiranya aku mati atau cikgu-cikgu lain mati siapa yang nak ajar mereka seperti ini. Mereka makin menangis dengan kuat masa tu. Sebelum mereka balik yang lelaki datang pada aku dan meminta maaf bersungguh.Itulah perkara yang menyebabkan aku perlu berkongsi cerita ini kepada semua. Nilai yang ada di sini sangatlah bermakna kepada diri aku. Aku harap perkara ini menjadi iktibar sampai bila-bila buat diri mereka semua.
Akhirnya satu kelas menangis berlagu. Sesekali aku tersenyum tengok gelagat mereka dalam kelas.Sekali sekali sekala sedih tengok mereka tidak belajar bersungguh-sungguh..Aku harap apa yang aku buat ini menjadi teguran dan nasihat yang bermakna kepada mereka sampai bila-bila. Yang paling penting mereka menjadi 'manusia' yang bermanusia. kerana guru tugasnya memanusiakan manusia..guru sahaja yang memahami guru wapaupun aku hanya guru praktikal yang biasa.:)

0 comments: