Assalamualaikum...
Dapat jugak aku menulis sedikit dan berkongsi cerita dengan kalian. sepanjang aku bekerja pelbagai dugaan yang telah menimpa diri aku..yang terbaharu motosikal yang aku tunggang selalu ke sekolah telah hilang pada minggu 2 minggu lepas. Lokasinya di Stadium Hang Jebat Melaka kerana urusan rasmi. Tak tahulah nasib atau sudah ketentuan. masa aku sedar bahawa motor aku sudah hilang sejam selepas aku parkirkan motor bersebelahan dengan kafe di stadium. Tuhan sahaja tahu apa yang aku rasa. Masa itu, aku rasa blur dan rasa mcam nak terduduk pun ada. Yelah, pertama kali menghadapi dugaan yang aku rasa berat. Walaupun sebenarnya motor yang aku tunggangi selama ini milik mak aku, tetapi aku rasa sangat bersalah kerana tidak dapat menjaga miliknya aku pinjam dengan baik.Kali ini kali kedua motor mak aku hilang. Berat dugaan aku rasa , berat lagi dugaan yang mak aku pikul. guru-guru sekolah aku sangat simpati dengan apa yang berlaku pada aku dan telah bersama menghulurkan sedikit bantuan kewangan. Walaupun tidak sebanyak atau asama harga dengan motor tu. aku rasa kurang sedikit beban yang dipikul. Aku rasa itula hikmahnya. Walaupun, susah ada juga manusia yang membantu dan simpati dengan apa yang terjadi kepada aku. Terima kasih semua yang memberikan sumbangan dan dorongan.:)
0 comments:
Post a Comment