Assalamualaikum.w.b.t..
Sahabat,kawan,member, friend dan pelbagai lagi istilah yang digunakan sebagai lambang panggilan sahabat.Namun apa makna sahabat bagi anda semua.
Dalam kehidupan seorang manusia normal agak pelik sekiranya kita tiada sahabat walau seorang pun.Jarang sangat ada manusia yang hidup tanpa berhubung atas rapat dengan sesiapa walau dengan keluarga sendiri. Namun, sahabat yang baik,setia, memahami,membantu, dan jujur sukar dijumpai dan sukar untuk didapati.
Apa makna sahabat?
Masa senang dia senang bersama ,masa susah dia sedia membantu, masa bermasalah dia sedia mendengar, masa sakit dia ada di sisi..Ada mata dia memandang, ada telinga sedia mendengar, ada tangan dia sedia menghulurkan, ada mulut dia lemparkan senyuman,ada hati dia sedia berdoa untuk kebaikkan sahabat dunia dan akhiratnya.
Tapi, dalam jangkaan seribu mungkin ada dalam kalangannya sahabat sejati.Bukan semata-mata dengan kata-katanya you are my best friend, kaulah sahabatku..tapi tindak tanduknya membantu, mengiring,menghulurkan, memahami,mendengar dan dalam bersahabat dengan kita, penuh dengan keikhlasan tanpa rasa jemu,letih, dan muak. Dia akan bersahabat dan terus bersahabat.
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Pilihlah kawan yang memberi 'kewangian' kepada diri kita bukan yang akan 'membakar' kita dan meninggalkan bau yang hapak malah yang lebih teruk akan membuatkan kita di pandang tidak elok dari pandangan Allah S.W.T. Tidak mahu bukan?.(Stazy,2011)
Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita, lihat sekeliling dan berdoalah semoga kita sentiasa mendapat sahabat yang 1, tetapi dapat menandingi 1000 yang lain..

Semoga kita bersahabat dengan 1001 keikhlasan dan mendapat walau seorang sahabat yang benar-benar sahabat dalam kalangan jutaan sahabat yang lain..
0 comments:
Post a Comment