Assalamualaikum..wbt kepada semua...
Malam tadi makan malam bersama dengan Mohamadazhan tiba-tiba keluar di Berita TV3 yang menunjukkan sebuah video pendek yang menunjukkan satu peristiwa yang saya rasa tidak patut berlaku. Apa yang berlaku ialah seorang budak perempuan yang berusia 2 tahun dilanggar dan digilis pula oleh sebuah van dan lori tanpa ada rasa simpati dan tiada langsung sifat kemanusiaan. Yang membuatkan saya emosi apabila orang yang berada di sekeliling yang melihat sendiri budak perempuan itu terbaring dengan kesakitan yang melampau. Bayangkan kalau kaki kita yang ini digilis oleh sebuah motosikal.Mesti sakit bukan?Inikan pula budak perempuan yang kecil dan digilis oleh kenderaan yang besar. Digilis pula pada bahagian badan dan kakinya. Kini dikatakan koma.Jadi bagaimana agaknya mentaliti masyarakat di sana sehingga boleh menjadi sedemikian?dan siapakah yang patut disalahkan,ibu bapa budak itu? atau orang sekeliling yang tiada perikemanusian?fikir-fikirkanlah.
daripada Hafidz
0 comments:
Post a Comment