Assalamualaikum..wbt kepada insan yang mengenali diri ini...
Masa berlalu begitu pantas.Masa belajar di IPG KBM hanyalah tinggal beberapa ketika sahaja.Masing-masing menghitung hari yang kian mengurang waktu dan masanya.Masa bersama-sama, bagaikan ditarik semula.Setelah melebihi setengah dekad bersama, mula kami semua mengenangkan semua kenangan. Daripada pelajar lepasan SPM sehingga kini menunggu masa tamat pelajaran dan seterusnya menyambung amanah sebagai pembangun dan pembina anak bangsa.Walaupun, kami sedayung tetapi kami tidak sekapal.Selepas ini haluan akan berbeza.Menuju cita-cita yang sama. Sahabat, walaupun perpisahan sakit akan dirasa, tetapi manisnya akan kita nikmati bersama. Yang kekal mungkin, hanyalah doa yang dikirimkan.Biar jauh dimata, tetapi dihati jangan. Akan aku kenang 1001 kenangan itu bersama-sama. Bermula kita melangkah di sini sehinggalah langkah itu akan terhenti dan pergi.Daripada ikatan yang erat dahulu kini kian pudar dek ditelan masa.Pengalaman memberikan beribu cerita. Sedih dan gembira habis dirasa.Pahit dan manis menjadi perasa tetap dalam kehidupan kita. Sahabat, di sini aku jadikan tempat untuk bermadah, walaupun tidak bisa kuluahkan dengan kata-kata.Maafkanlah diriku ini, sekiranya kata-kata yang membuat hatimu terguris. Aku, hanyalah insan yang tiada kurnia untuk memujuk hati yang lembut sepertimu wahai sahabat. Sesaaat kita bersama akan aku ingat sampai jiwa dan rohku meninggalkan jasadnya. Cuma,hanya jari jemari inilah yang mampu kukirim dan kuluahkan daripada jiwa insan bernama sahabat.Selamat berpisah..Semoga takdir memberikan lagi ruang untuk kita bersama-sama.Wassalam.:(
by: Hafidz(1.09a.m:03/10/2011)
0 comments:
Post a Comment