Assalamualikum.w.b..t kepada semua..
Alhamdulillah. Bersyukur kepadamu ya Allah.Selang beberapa minit sahaja lagi, masuklah lembaran baharu untuk seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut Hari Malaysia yang dipilih iaitu 16 September bagi setiap tahun. Hari Malaysia ini ialah bersempena dengan penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.Begitulah sedikit sebanyak tentang latar belakang tarikh bersejarah ini iaitu, 16 September sebagai Hari Malaysia dan kini dikenali sebagai Hari 1 Malaysia. Jadi pada setiap tahun, tarikh 16 September ini seluruh rakyat Malaysia akan bercuti bersempena mengingati tarikh keramat ini.

Oleh itu,setiap tahun aku akan berasa gembira berpeluang meraikan juga Hari Kelahiran yang sama jatuhnya pada tarikh 16 September ini. Aku berasa bersyukur dan bertuah kerana apabila seluruh rakyat Malaysia mengenang tarikh ini, sama jugalah aku mengingati hari aku keluar dari rahim suci ibu aku. Alhamdulillah, Allah masih berpeluang memberikan aku hidup dan menjalani kehidupan yang penuh ranjau. ini.Mungkin ini merupakan tarikh atau tahun terakhir aku menyambut kelahiranku sebagai pelajar di IPG KBM atau duduk bermaustatin di Klang Lama, Kuala Lumpur ini, kerana segalanya hanya pada takdir Yang Maha Esa.
Cuma yang aku harapkan aku masih berpeluang menikmati hidup di dunia dengan penuh kenikmatan dan menjadi hambaNya yang soleh dan melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan dilarangNya sebaik mungkin. Aku juga berharap semua yang tahu akan kehadiran aku di dunia ini mendoakan aku hidup berbahagia dan jua di akhirat. Aku berharap aku akan masih berupaya menyambung hidup pada tahun hadapan pada tarikh yang sama sebagai seorang Pendidik dan anak yang baik kepada kedua ibu bapa aku yang aku sangat sayangi dan menjadi sahabat yang baik kepada semua sahabat-sahabatku di SK Paya Redan, SMK Air Molek, IPG KBM, PISMP 8A dan semuanya yang pernah mengenali aku dan supaya aku berpeluang menjalankan tanggung jawab sebaiknya.Tiada yang aku harapkan hanyalah doa daripada kalian semua. Doakanlah aku ya..:)

p/s: semua berbahagia selamanya..semoga berjaya menghabiskan pelajaran Ijazah Sarjana Muda aku dengan baik.Insha Allah.:).daripada Allah aku datang, kepada Allah jualah aku akan pergi..terima kasih Allah, terima kasih semua, terima kasih atas segalaNya.
0 comments:
Post a Comment