Tuesday, August 23, 2011

Dia Maha Memahami. . .

Assalamualaikum w.b.t kepada semua dan Salam 23 Ramadhan 1432H...

Situasi 1
Sangat sibuk dalam minggu nie dan kebelakangan nie..yelah dah penghujung semester nie macam-macam perkara yang hendak dilakukan..sebelum saya menjadi seorang pendidik..fuh.. !!tinggal beberapa bulan sahaja..kadang-kadang rasa macam tak percaya pun ada..pejam celik pejam celik alhamdulillah dah dekat 5tahun buat Ijazah kat IPG KBM nie..sangat indah kenangan, pengalaman belajar di sini..semuanya nie takkan terjadi tanpa kebenaran si Dia,,Dia dah bagi jalan kepada kita.. apa sahaja yang terjadi ada hikmahnya..seperti saya selang beberapa hari yang lepas..pada Ramadhan ke 21 hari tu penat dengan kelas dan menyiapkan tugasan sampai terlupa nak membeli juadah berbuka..tengah-tengah kusyuk membuat kerja akhirnya waktu berbuka tinggal beberapa minit sahaja..jadi tak sempatlah hendak berbuka dengan juadah yang enak dan menjadi rutin saya nasi lemak kukus Bazaar Pantai Dalam. sebagai hidangan berbuka.jadi berbuka simple dengan kurma dan air sahaja...jadi selepas bertarawikh dan balik perut sangat terasa laparnya..kebetulan roomate saya baru pulang dari berbuka di rumah sepupunya..pada waktu lapar saya diam sahaja..mungkin nak tunggu jer malam sikit keluar sekali beli juadah untuk bersahur selang beberapa saat roomate saya hulurkan domino pizza 2 keping..masa tu rasa terkejut rasa macam faham-faham jer saya tengah lapar..alhamdulillah dapatlah alas perut sekejap yang daripada tadi berkeroncong..rasa bersyukur sangat..Dia memang Maha Memahami..


Situasi 2
seperti yang saya beritahu tadi saya sibuk menyiapkan mini tesis(penyelidikan tindakan)sekarang..semalam keluar ke Perpustakaan Kementerian Pelajaran (EPRD)  ke bahagian Tesis untuk buat rujukan..dalam perjalanan saya dan dua orang lagi kenalan disambut dengan hujan yang sangat lebat..dah la tinggal 2 jam jer nak buat rujukan di Putrajaya tu...macam tak sempat jer..dah la hujan lebat sampai sana lak lebih kurang pukul 2.30 petang..dah la lambat pastu tak sempat solat lagi sebab kami baru habis kelas dan terus ke sana..smasing-masing memang tak sangat jalan nak ke sana..saya berdoa dalam hati supaya dipermudahkan perjalanan ke sana alhamdulillah selamat sampai   ke Putrajaya tanpa sebarang masalah..walaupun parkir penuh kami dapat juga parkir  walaupun kami memarkir di tempat kereta KPM..kami tawakal sahaja sebab tak sempat nak cari parkir dan hujan lebat pulak turun..sampai sahaja ke bangunan E8 tu kami terus solat dan terus sahaja ke EPRD buat rujukan..dalam hati kata macam tak sempat jer..kesal pun ada, pujuk hati dengan berkata tak pe esok insha allah ada masa lagi..selepas ambil tempat ke dalam EPRD tadi saya terus cari bahan untuk Tinjauan Literatur yang rasanya selama nie stak seberapa mantap..buatlah carian di OPAC..dapatlah satu  master tesis daripada UM yang satu-satunya tentag tajuk Penyelidikan Tindakan saya iaitu tentang Ujian Kefahaman UPSR..apabila dapat sahaja buku tesisnya, saya menarik nafas lega kerana semuanya ada dalam buku itu..boleh la saya buat rujukan dengan baik berkaitan tentang Ujian Pemahaman..lega sangat sebab selama nie bahagian Ujian Pemahaman yang tak seberapa mantap..lega sangat..saya pun teruslah ambil bahan di dalam dapat banyak maklumat walaupun dalam masa yang singkat segala kekusutan yang saya tanggung akhirnya mendapat jua..Alhamdulillah..Dia Maha Memahami...kalu tak sempat pergi Putrajaya lepas nie saya boleh buat rujukan ke Zaaba(UM) sahaja lagipun dekat..seronoknya barulah semangat buat Penyelidikan Tindakan lepas nie..habis sahaj buat rujukan kami bpergi ke kereta..tengok-tengok ada notis Dilarang Meletak Kenderaan Di sini Harap Faham..nasiblah tak kena clamp walaupun parkir salah..hehe..alhamdulillah..terus sahaja balik...Terima Kasih Allah..Kau Maha Memahami..:)


by : Hafidz

0 comments: