Assalamualaikum
Oh rupanya, sudah hampir sebulan aku tak menulis dalam blog kesayangan. Semenjak masuk semula ke sekolah bermacam-macam perkara yang hendak dilakukan melibatkan Kajian Tindakan, Projek, Bahan-bahan Instrumen dan macam-macam lagi. Sehinggakan tiada langsung kesempatan untuk menulis. Untuk pengetahuan semua follower juga aku baharulah sahaja kebah daripada demam denggi yang telah menyerang aku sebulan yang lepas. Banyak pengalaman yang telah aku timba dan aku rasa sangat berharga apabila dimasukkan ke wad hospital akibat denggi. Perjalanan cerita bermula pada:
14 Jun 2011: pada pagi tu aku pergilah memberikan makanan kepada ayam ternakan di reban di belakang rumah. Memang kebiasaan sambil bagi makan pada ayam badan akan diserang oleh nyamuk-nyamuk yang 'jinak'.
Selepas itu, aku berasa badan seperti hendak demam. Sakit-sakit badan dan sengal keseluruhan badan terutamanya pada bahagian sendi dan pinggang belakang. Aku rasa seperti hendak demam biasa sebab simptom-simptom yang aku rasa sebelum ni. Sebabnya, aku ni jenis akan demam setahun sekali. Biasanya akan demam pada hujung atau pertengahan tahun.Pada malam yang sama aku muntah-muntah dan muntah akan datang setiap setengah jam sehinggalah jam 5 pagi.
15 Julai 2011: pada hari tu aku hanya terbaring sahaja.Kebetulan pada hari tu mak aku hendak hantar anak saudara ke klinik desa untuk buat pemeriksaan biasa. Jadi aku minta tolong mak aku supaya selepas itu hantarkan aku ke klinik kerajaan. Sampai di sana. aku pun diperiksa dengan diambil darah dan membuat ujian urin. Semasa ujian darah, darah aku kelihatan sangat pekat dan semasa ujian urin tiada langsung air kencing keluar. Kebetulan ada seorang rakan sekolah lama aku praktikal di situ. Dia yang banyak bantu aku. Jadi aku disahkan dehidrated(kurang air).Air dimasukkan ke dalam melalui urat dibelakang tapak tangan. Sakitnya hanya Allah sahaj tahu. Dua botol air dimasukkan.Aku dinasihatkan oleh MO(medical officer) yang sangat baik melayan aku. Dia kata platlet aku dah menurun daripada normal 150 menjadi 88. Dia hanya suruh aku balik dan datang semula keesokan harinya. MO suruh aku banyak minum air. Tapi, bila sampai dirumah aku akan muntah apa sahaja yang aku makan termasuk ubat yang aku telan. Sehinggakan ada satu ketika aku hendak solat berdiri kepala aku tak tahan kerana pening yang amat sangat. Sehinggakan aku ternuntah semasa hendak solat.Akhirnya aku hanya mampu solat duduk sahaja.
16 Julai 2011: Pada pukul 12.30 tengah hari aku ke klinik kerajaan yang sama untuk membuat ujian darah semula dan ditemani kakak aku.Selepas mendapat keputusan katanya darah aku turun 2 kali ganda menjadi 44 plalet sahaja. Akhirnya aku diarahkan untuk masuk wad hospital.Aku terus dimasukkan sekali lagi 2 botol air sebelum dibawa ke Hospital Besar Melaka(HBM).Pengalaman pertama kali naik ambulan semasa aku terus dihantar ke Hospital Melaka dengan tangan aku kedua-duanya ada tiub untuk dimasukkan air ke dalam badan.Sesampai sahaja ke HBM aku terus di bawa ke unit kecemasan untuk diambil sekali lagi darah. Suhu badan diambil sekali lagi. Selama 4 jam aku menunggu sebelum dimasukkan ke wad tetap. 3 jam aku tunggu aku diletakkan ke wad sementara yang sangat serabut dan penuh dengan pesakit yang tunggu untuk masuk ke wad tetap. Apa yang menjadi aku agak rungsing banyak staf unit berkenaan bercakap dan lepak daripada buat kerja yang sepatutnya. Ada peristiwa yang sangat menarik di wad sementara ni. Yang mana ada seorang nenek turun daripada katilnya kerana hendak ke tandas. Apa yang menyebabkan aku rasa pelik daripada tadi aku masuk nenek tua ni nak buang kecil dan panggil staff sampaikan dia terus turun dari katilnya dengan jalan melulu sehinggakan tercabut tiub air di tangannya. Selepas dia bising-bising kelam kabut staf bawa dia ke tandas. Kesian nenek tua yang tiada siapa yang menjaganya.Selang beberapa minit aku berasa ada sesuatu yang aku belum lunaskan iaitu solat zuhur. Aku minta kebenaran dengan staf untuk ke surau berdekatan. Dalam keadaan bertiub pada tangan aku berjjalan ditemani kakak aku mencari surau di sekitar. Selepas solat aku didatangi pula seorang lelaki. Katanya pegawai kesihatan. Dia ambil segala rekod peribadi aku dan perjalanan aku selama seminggu sebelum ini. Mungkin tujuan untuk mengenal pasti di mana aku dapat demam denggi. Sehingga dia bertanya di mana aku belajar dan meminta alamat rumah sewa aku di KL. Aku minta kakak aku telefon rakan serumah aku yang ada di Kajang untuk minta alamat rumah sewa di KL. Dari situ rakan rumah aku syak sesuatu. Kata aku aku dia bertanya buat apa dengan alamat rumah. Kakak aku pun beritahulah hal yang sebenar. Beristighfar panjang katanya. Jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang aku pun ditempatkan ke wad tetap akhirnya. Macam nak gila menunggu wad kosong. Katanya wad penuh, itu yang kena tunggu untuk masuk wad tetap.Aku di bawa ke wad bangunan baharu wad lelaki Aras 3 wad 2 dan katil nombor 26.Selepas aku selamat di tempatkan di situ aku pun lihat keadaan sekeliling yang mana macam-macam manusia rata-ratanya dalam kalangan orang tua. Pelbagai penyakit. Sakit jantung, semput, masalah peparu dan sebagainya. Malam tu aku keseorangan tiada siapa yang teman. Lagipun mak aku sekarang menjaga anak suadara aku di kampung. Jadi biarlah aku berdikari sahaja. Lagipun aku boleh uruskan diri sendiri. Malam tu aku tak dapat tidur dek gelagat seorang atuk yang umurnya sekitar 80 tahun yang bising dan mengerang kesakitan dan macam-macam kerenah sepanjang malam aku di sana. Sepanjang malam aku ditempatkan ke wad ni aku rasa selesa sedikit sebabnya keadaan sekitar tidaklah padat seperti keadaan bangunan lama yang pernah aku pergi sebelum ni menjenguk saudara yang juga sakit dahulu.Padat dan penuh dengan orang dan hanya ada kipas berbanding dengan aku satu bilik ada 4 ke 5 orang sahaja dalam wad ni. Aku harus bersykur dengan apa yang ditakdirkan Allah.
17 Julai 2011:pagi subuh aku bangun awal dan bersiap hendak solat. Pergerakan aku agak terbatas kerana tiub air yang dipakai menyukarkan pergerakan aku hendak solat dan ke tandas. Pada mulanya aku terpaksa membawa dua botol dan diselitkan di poket baju pesakit yang berwarna hijau.Aku harus menjaga solat walaupun aku sakit. Surau agak jauh di luar. Jadi aku akan berasa penat berjalan mungkin akibat kesan denggi yang aku hadapi. Sepanjang hari nie aku hanya duduk di atas katil, ke tandas dan solat di surau apabila tiba waktunya.Malangnya hari ini aku tak dapat solat Jumaat. Kebetulan bangunan hospital bersebelahan dengan Masjid Al Azim. Masa tu rasa sayup di hati kerana hanya mampu solat di hospital sahaja. Disebelah katil aku ditemani seorang mak cik yang menjaga suaminya. Aku lihat suaminya sangat tabah walaupun pelbagai penyakit yang dihadapinya. Aku sangat berbangga dengan pak cik tu. Sepanjang harilah darah aku diambil untuk melihat aras platlet aku. Tengah hari doktor yang menjaga aku mengatakan darah aku sudah rendah lagi iaitu 23 paltlet sahaja. Aku berasa risau. Walaupun aku keseorangan di katil rakan-rakan semaktab, rakan sekolah dan mak aku tak putus-putus ber sms untuk bertanya khabar aku. Walaupun tiada siapa di sisi aku cukuplah bagi aku ada yang bertanya khabar.Petang tu aku dipanggil ke bahagian imbasan xray untuk melihat keadaan dalam badan aku. Ini kerana aku mengadu sakit pada bahagian perut dan perubahan pada badan aku menjadi kembang kerana dimasukkan air sahaja di dalam badan. Aku tidak berselera lagi.Usai sahaja aku siap buat imbasan xray katil aku dipindah ke bahagian hadapan dekat dengan kaunter. Kata staf nurse mudah untuk lihat keadaa aku di situ. Sampai sahaja di katil baharu mak, abah, aku dan yang lain sudah ada di sana. Mereka sudah siap mengemas katil baharu aku. Jadi aku sangat gembira mak aku sampai juga melihat aku. Dia membawa segala kelengkapan yang aku minta pagi tadi. Mak aku juga hidangkan kepada aku sup ketam nipah. Katanya boleh mempercepatkan sakit untuk demam denggi.Setelah lebih sejam bersama mak aku, akhirnya aku tinggal keseorangan bersama pesakit lain.Malam tu aku agak selesa kerana hanya ada 4 orang sahaja dibilik. Darah aku diambil setiap 4 jam. Tangan aku mulai bengkak gara-gara doktor tak dapat menjumpai saraf dan darah.Hanya tuhan sahaja yang tahu sakit tangan dicucuk jarum.
18 Julai 2011/19 Julai 2011:Rutin yang sama aku ulang. Makan, tidur, solat, mandi dan darah aku diambil. Duduk sahaja di wad sangat membosankan aku dapat juga berkenalan dengan seorang yang menjaga seorang pesakit lelaki yang tua dalam 70an. Katanya datuknya sakit dan masuk ke hospital sudah lebih dua bulan. Sakitnya sperti sangat besar. Sehingga lehernya pada bahagian esofagus ditebuk kerana kahaknya yang banyak keluar. Batuk-batuk dan kahak sudah sebati dengan budak perempuan berusia 21 tahun yang aku panggil kakak pada mulanya. Katanya dia tak kisah menjaga datuknya. Mungkin ada keberkatan disebalik apa yang berlaku.
20 Julai 2011: Pada awal pagi seperti biasa darah aku akan diambil. Katanya darah platlet aku sudah mula naik.Munkin hari ini aku akan balik dan keluar dari wad ni. Jadi aku hanya perlu perbanyakkan minum air supaya dapat meningkatkan lagi jumlah platlet. Darah yang diambil tadi akan diuji ke makmal dan keputusan akan diberitahu tengah hari nanti. Sama ada aku akan balik atau tidak bergantung kepada keputusan darah yang diuji. Petang tu, staf nurse mengkhabarkan berita yang baik.Aku disahkan boleh pulang ke rumah walaupun darah aku tida normal lagi. Aku harus balik.Sebabnya aku masih boleh bergerak. Aku mampu biarlah aku balik dan beri peluang kepada orang yang lebih sakit untuk tinggal di hospital. Jadi petang tu aku pun dapatlah pulang ke rumah. Masuk hari ni air yang masuk dalam badan aku hampir mencecah 10 botol sejak hari pertama. Badan aku mula susut. Badan aku tidak kebah sepenuhnya. Aku akan cepat letih apabila berjalan atau membuat kerja berat. Jadi aku diberikan MC dan dapatlah berehat selama seminggu di rumah. Badan aku mulai kebah walaupun kadangkala kepada mulai pening lalat.
Aku bersykur kerana diberikan lagi kesihatan.Apa yang berlaku selama ini tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Bak kata MO tu Pengalaman tak boleh dibeli. Terima kasih kepala semua banyak membantu aku sejak di klinik kerajaan sehinggalah di hospital.Terima kasih semua.
1 comments:
GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..
moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye..banyakkan makan buah2 yg kaya dgn vitamin c utk kuatkan imun kita tau!
Post a Comment