Disebabkan sekarang musim peperiksaan budak-budak IPG(Institut Pendidikan Guru) jadi saya menulis entry yang ada berkaitan AKU INGIN BERUBAH..
Gejala-gejala pelajar apabila peperiksaan tiba.
1. Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku. tak pun ngadap jer laptop gaya macam mencari maklumat tambahan.ceh ceh.
2. Membaca dengan kadar yang cepat atau membaca mentalis(membaca untuk memahami) .mentang-mentangla cikgu B.Melayu. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif ngn esei.. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat je. Hahadoii..:)
3. Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.Haha.memanglah sangat tepat. kadang-kadang dah makan ke belum pun dah terlupa..sedar2 perut dah masuk angin.Minyak angin cap kelapad layarla,kepala rimau lah semua berderet dah macam lotion gamaknya.hehe.itu belum lagi selsema la demam la dok hinggap time2 macam nie..hehe
4. Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
5. Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!
6. Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…
6. Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…
7. Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?
8. Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)
9. Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.
11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.
12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!
13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..
14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)
15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.harap2 buatlah yer.Ikhlas2.hehe
16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan AKU INGIN BERUBAH. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk.Tapi tengok semester berikutnya hampeh.hahah lawak.
p/s;Tapi sekarang dah duk luar.Malas pun dah tahap cipan dah sekarang nie.hehe.Duk kat bilik tak keluar2 alasan study padahal tangok movie je lebih.Alasan hilangkan stress.Tak caya tanyalah dengan Muhamadazhan.com .Hehe..jangan marah ya..Kita study sama2 na..
Kredit jugak untuk Laman Muslimah Optimis.
4 comments:
bravo bro...barvo bro...hehe
MO, ni rasanya pemenang yang layak ni.hehe. pancing undi sikit.hehe
apa pun terbaik!!
harap komen ni juri terpengaruh nak vote nanti =)
hahha..sengal
haha..jangan berubah masa exam je suda la... =)
amboi cikgu azhan sempat ye nak pancing undi..hihi..
memang benar kot apa yang dikata..cuma tak menepati syarat lah entry ni.. takda syarat penyertaan yang ada header laman MO yang diletak di sini..
apa pun terima kasih sudi join..sebarang upate terkini akan dimaklumkan di laman MO..tq
Post a Comment