Wednesday, March 23, 2011

Adik Adikku Musim Kedua

Assalamualaikum..
Semalam berlangsungnya program realiti dari stesen RTM dan kerjasama JAKIM iaitu program Adik Adikku berbentuk Islam dan akademik berjaya dilangsung secara siaran langsung tepat 9.OO malam. Saya dan Mohamadazhan.com bersama dalam program ini. Johan dimenangi oleh adik Muhammad Amirul Munir Azlin,10.. Naib Johan adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11.. dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Zaid Najmuddin Zul Akmal, 12..

Apa yang menariknya semua peserta akhir program ini sangat berani dan mempunyai penampilan yang tersendiri selain mempunyai kemahiran yang dipelajari daripada Murabbi masing-masing. Bagi saya, program seperti ini haruslah diperkembangkan banyak lagi pada masa depan dan di stesen t.v yang lain bagi menggalakkan anak-anak permata kita belajar mendekati Islam dengan pendekatan yang seumpama ini..

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua pemenang dan kepada semua adik-adik yang yang terlibat dan sepupu kepada Mohamadazhan.com yang mendapat saguhati..walau bagaimanapun itu sudah terbaik




kerana dapat menandingi ribuan peserta yang menyertainya dari pelosok negara..apa pun yang paling penting ialah ilmu yang dipelajari ini perlulah diamalkan dan dikongsi bersama supaya mendapat berkat dariNya..

0 comments: