Monday, February 21, 2011

Kejohanan Sukan Zon Bangsar

Hari ini aku berkesempatan menjenguk anak murid aku yang kelihatan terbaik dalam pertandingan lari 4x100meter.Aku yang berada di ruang tepi stadium sangat menanti debaran murid-murid hasil didikan kami bertiga. Latihan yang dilakukan kami hanyalah 2 kali sahaja. Dengan tidak ada padang sekolah dan menggunakan ruang mana yang ada dan meminjam padang sekolah lain.Walaupun, dalam keadaan anak-anak murid yang sangat dhaif tiada 'spike' hanya berkasut sekolah dan kasut sukan yang lusuh, murid-muridku sangat bersemangat dan hampir mendapat tempat dalam saringan tadi. Murid-muridku juga digelar budak ajaib. Ianya untuk memberikan semangat kepada mereka semata-mata.Cuma, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.Perasaan gemuruh anak-anak murid yang kelihatan dari air mukanya sangat kelihatan.Walau bagaimanapun aku sangat seronok dan berbangga dengan anak-anak muridku. Peluang masih ada esok hari. Semoga berjaya. Buatlah yang temampu.Itu sahaja yang diharapkan.




2 comments:

Unknown said...

tak mau jmput org yg berpengalaman ka??hahha

Hafidz said...

haha..nk jer..tp ilmu sendiri ader..hehe