Saturday, January 11, 2014

Hidayah Diusia Muda - Sdra Nur Adlu Kan

0 comments

Muhammad Adlu Khan, seorang anak muda berusia 18 tahun. Mengkaji tentang Islam dan perbandingan agama lain sejak berusia 13 tahun. Menganut agama Islam pada usia 15 tahun. Temu ramah bersama beliau cukup memberi kesan. Sudi juga buat teman-teman bukan Islam untuk menontonnya...

antara yang menarik, "apabila masuk Islam bukanlah masuk "Melayu". Sukar bukan Islam menerima Islam kerana kefahaman salah bahawa mereka terpaksa merubah identiti dan keturunan asalnya..."


share daripada www.mohamadazhan.com

Friday, December 13, 2013

Sampai di Sini Kawan-kawan DAPJKS

0 comments
Selama 10 minggu aku dan rakan-rakanku bersama-sama belajar di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara ini demi memenuhi Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan. Kami bersama-sama menimba ilmu dan pengalaman tanpa memikirkan batasan umur ataupun latar belakang. Walaupun, kami semua ialah guru, tapi yang uniknya di sini dapat aku kongsikan ialah masing-masing tidak segan silu berkongsi idea, cerita,pengalaman dan semuanya ini berjaya memecahkan jurang. Perbezaan kami membuatkan kami unik. Lepas ini tiadalah lagi suasana seperti ini dapat dirasai. Kami bersama-sama merasa sebuah pengalaman indah hari demi hari dan sekarang hanya tinggal 4 hari lagi kami bersama. Sekejap sahaja rasanya bersama dan sekejap jualah masa meninggalkan kita. Mengenali antara satu sama lain bagaikan adik - beradik. Aku harap satu hari nanti kami akan kembali bersama atau setidak-tidaknya berjumpa di mana-mana. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan.








Terima kasih semua.

Wednesday, November 13, 2013

Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatiha Sukan 2013

1 comments
Kursus ini dijalankan di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara Kulai, Johor bagi tahun 2013.Harap dapat manfaatkan ilmu yang dipelajari.Amin.













Saturday, July 28, 2012

Zikir Munajat

0 comments
Berzikir mengingati Allah..


Lagu Sempena Ramadan

0 comments
Jom layan lagu bulan Ramadan yang menjadi favourite aku selama ni...

Hijjaz-Ramadhan Bulan Yang Berkat
 

 

 

Unic,Inteam-Kemuliaan Ramadhan


Ramadhan dan Aku Guru

0 comments
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam seluruhnya..
Sesudah hampir 7 bulan aku menyandang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pendidik selama ini, banyak perkara yang aku peroleh.Dugaan setiap hari berbeza- berbeza. Daripada memikirkan bagaimana cara untuk aku menjadi pendidik yang bukan sahaja mendidik malah dapat membentuk insan-insan yang berguna.Cabaran dan dugaan di sekolah jenis kebangsaan cina bagi aku 3 kali ganda payah berbanding mengajar di sekolah kebangsaan. Bukanlah aku racist atau perkauman tetapi selagi mereka tidak dapat bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu sebenarnya, agak sukar juga mereka untuk mendapatkan dan memahami apa yang aku ajar. Tambahan pula, rata-rata murid aku berlatar belakangkan murid-murid yang tidak tinggal bersama ibu bapa sendiri.Rata-rata ibu bapa meninggalkan anak mereka dan dijaga oleh nenek ataupun datuk. Jadi masalah disiplin yang agak remeh menjadi kebiasaan di sekolah aku. Walaubagaimapun, setiap hari aku cuba untuk memastikan disipilin mereka bertambah baik. Yang sering aku tekan kepada anak-anak murid aku, walaupun mereka tidak sepandai mana, sekurang-kurangnya apa yang aku arahkan seperti bawa buku-buku yang diperlukan ke sekolah,menyiapkan kerja sekolah walaupun semuanya salah lebih baik daripada tak bawa buku langsung dan tak siapkan kerja sekolah.Aku harap Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dalam mengajar mereka walaupun mereka tidak seagama dna sebangsa dengan aku.Bebanan kerja yang setiap hari bertambah dijadikan latihan supaya menjadi guru yang lebih kental dan progresif. Bersempena Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan pertama aku sebagai seorang guru yang profesional, aku berdoa supaya keberkatan Ramadhan dapat mengajar aku menjadi guru Islam yang tabah dan sentiasa inovatif dalam mengerjakan sesuatu perkara. Aku tak mahu dianggap sebagai hanya sebagai guru yang hanya pergi dan balik ke tempat kerja hanya terpaksa melakukan tugas sahaja. 

Wassalam...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

0 comments
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia khususnya. Pada tanggal 16 Mei 2012 ini diharapkan menjadikan anjakan paradigma kepada semua guru menjadi lebih baik dari pelbagai segi. Tema pada tahun ini Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Pengalaman mengajar genap 5 bulan bermula 16 Januari hari tu banyak memberikan pengalaman dan mengajar erti kehidupan dengan menggalas tanggung jawab sebagai seorang guru. Mengajar di sesebuah sekolah berbeza ceritanya. Lebih-lebih lagi mengajar di sekolah cina. Selamat maju jaya semuanya.