Wednesday, September 16, 2015

Hari Malaysia yang Istimewa

0 comments
Alhamdulillah..bersyukur untuk negara Malaysia pada tarikh keramat 16.09.15 tahun ni menyambut ulang tahun ke-53 penyatuan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak menjadi Malaysia..tarikh keramat ini juga merupakan hari lahir aku yang ke-27 tahun..Alhamdulillah masih diberikan kesempatan utk hidup di dunia in sebagai insan yg bergelar guru..walaupun tiada sambutan drpd sesiapa namun aku gembira sebab masih ramai yg ucapkan doa dan kata-kata baik drpd ramai rakan2 di fb,rakan kerja dan rakan sekolah n ipg..ingat jugak mereka..gembira sangat..hari ni cuti paginya   aku cuma mengemas kawasan luar rumah sampai mengambil mase dekat dua jam..petangnya aku mengemas kawasan ternakan ayam..puas sebab ada perkara bermanfaat aku buat..malam pulak aku buat aiskrim homemade..seronoknya dapat buat aiskrim..esok akan saksikan kejadiannya..harap baik..setahun drpd sekarang planning utk berumah tangga pula..insyaAllah. .doakan aku..terima kasih..esok aku upload aiskrim n resepinya sekali..arios

Saturday, September 12, 2015

Lawatan ke Badaraya Kuala Lumpur

0 comments
Semalam ada lawatan ke Bandaraya Kuala lumpur..walaupun, tak banyak tempat yg kami lawati tapi letih yang amat..sepanjang perjalanan ke antara satu tempat berjalan dengan lancar..yang paling gembira budak2 la..dari mula perjalanan sampailag bertolak balik riuh-rendah dengan suara gelak tawa,nyanyian,bualan dan filem yg ditayangkan..sampai cikgunya nk tidur sekejap tak senang..empat tempat lawatan kami:
1.Batu Caves
perjalanan kami bermula di Batu Caves..di sana kami ambil mase jalan kurang 30 minit..naik tangga ke guanya separuh saja sebab bahaya dan tinggi untuk budak2 sekolah..monyet liar yang berkeliaran membuatkan aku rase tak selesa dan takut..tiga peraturan sudah ditetapkan oleh tour guide kami..jangan pakai baju merah,jangan bawa botol minuman,jangan sentuh atau tegur monyet..semua yg dicakap tu dah berlaku depan mata..yang berbaju merah akan ditarik bajunya oleh monyet,yang membawa air botol dirampas pula,yang mengusiknya diterkam balas si monyet..siapa nk ke sana ingat tiga perkara tu..
2.Istana Negara
Melihat khazanah kerabat diraja yang memegang jawatan sebagai Yang di-pertuan Agong..segalanya nampak indah dan mewah dari tempat makan sehingga tempat mandi..semua mewah..
3.Kilang Sabun
Kilang yang baru dibina ini menjalankan perniagaan sabun buatan tangan.100 organik dan natural..sabun yang dihasilkan daripada pelbagai minyak seperti minyak kelapa,minyak kelapa sawit,minyak zaitun,minyak lavender,minyak batang kayu,dan byk lagi.sempat aku membeli sabun pencuci muka,badan dan krim..
4.I-city
Destinasi terakhir kami yang sangat ditunggu semua murid.Snow Walk tempatnya.Masuk saja ke sana dapat pakai baju sejuk tebal.Masuk kawasan snow walk ni memang menyejukkan sehinggalah satu badan rase sejuk ..hanya pakai baju sejuk tebal dan kasut biasa..melayan karenah murid..yang berlari,bermain permainan di sana dan binaan berupa ais..cuma yang tidak aku gemar dr sudut faktor keselamatannya yang tidak dijaga baik..kawasan sekitar yang tidak dijaga ..tarikannya cuma sejuk sahaja..kalaulah boleh tempat dihias dan dikemaslagi..ais kecil2 pun kurang..singgah solat kat senawang hampir ditinggalkan bas sebab dorg tak perasan aku pergi solat..nasib sempat panggil dan lambai..sampai melaka semula jam9.30 lebih awal drpd jangkaan..balik rumah mandi dan tidur..