Thursday, May 22, 2014

Hari Ibu 13.5.2014

0 comments
Ibu,
yang mengendongkanku
sembilan bulan,
yang melahirkanku
dikata tiada terbeban,
mendoakanku sejahtera
dalam kandungan,
membuyutkanku sehinggalah
cukupnya bulan.

Ibu,
dikau jadi ibu bukan
semalaman,
dikau jadi ibu bukan pula
seharian,
dikau menjadi ibu
penuh dengan ketabahan.

Ibu,
1001 balasan,
sebagai sebuah penghargaan,
tapi si ibu tiada
mengharapkan,
beribu perngorbanan
hanya perlu dijagakan,
hati nuraninya hanya perlu
ditimang-timangkan,
sedih tangisnya hanya perlu
dikesatkan.

Ibu,
mengenang jasamu bukan hanya bila diraikan,
mengenang keringatmu bukan untuk ikut-ikutan,
kenangilah ibumu
raikanlah dia si ibu zaman-berzaman,
selagi nyawa dikandung badan,
doa dan restu jadi iringan,
oleh tuhan Maha Menciptakan,

13.5.2014
jam 23.53, kamar Teratak Ibu,
Kampung Paya Redan, Melaka.

Selamat Hari Guru untuk Tahun 3 bergelar Guru 16.05.2014

0 comments
Alhamdulillah aku sudah mulai masuk tahun ketiga bergelar guru. Bekerja di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Saban tahun mematangkan aku dari pelbagai sudut. Sudah berbulan jugak kesibukan bekerja membuatkan aku kekang untuk menulis blog. Sisipan masa yang ada sahaja yang aku luangkan untuk menulis blog. Kali ini bersempena Hari Guru 16 Mei 2014 disambut sederhana dan meriah oleh sekolah aku. Walaupun aku bekerja di bawah Sekolah Cina tidak membataskan aku untuk menjadi pendidik yang baik. Banyak perkara yang aku pelajari dan contohi. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana Dia telah menjadikan aku sebagai manusia yang bergelar Murabbi yang mempunyai 1001 hikmah dan kelazatan dalam menjalani tugasku. Dugaan dan cabaran aku tempuh satu persatu dan aku berharap semuanya akan juga baik pada masa mendatang. Di bawah aku selitkan sedikit gambar aku dan semasa sambutan ini.

 Semasa berhimpun di dewan ping pong hujan rahmat pada pagi itu.

 Acara yang paling susah.

 Baca utusan Pengarah KPM
 Murid yang membantu untuk peralatan sukaneka.
 Bersama Cikgu Chua bee Choo guru yang kedua paling senior.
Bersama Madam Lor Lian Moi, Kak Halijah, Kak Mira dan Madam Yap.
Acara tiup belon sampai pecah.