Friday, December 13, 2013

Sampai di Sini Kawan-kawan DAPJKS

0 comments
Selama 10 minggu aku dan rakan-rakanku bersama-sama belajar di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara ini demi memenuhi Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan. Kami bersama-sama menimba ilmu dan pengalaman tanpa memikirkan batasan umur ataupun latar belakang. Walaupun, kami semua ialah guru, tapi yang uniknya di sini dapat aku kongsikan ialah masing-masing tidak segan silu berkongsi idea, cerita,pengalaman dan semuanya ini berjaya memecahkan jurang. Perbezaan kami membuatkan kami unik. Lepas ini tiadalah lagi suasana seperti ini dapat dirasai. Kami bersama-sama merasa sebuah pengalaman indah hari demi hari dan sekarang hanya tinggal 4 hari lagi kami bersama. Sekejap sahaja rasanya bersama dan sekejap jualah masa meninggalkan kita. Mengenali antara satu sama lain bagaikan adik - beradik. Aku harap satu hari nanti kami akan kembali bersama atau setidak-tidaknya berjumpa di mana-mana. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan.








Terima kasih semua.