Tuesday, March 13, 2012

Konvokesyen IPGM - Selamat Maju Jaya Semuanya

1 comments
Salam..semoga selamat hendaknya..
Alhamdulillah, konvokesyen untuk sidang 1 dan 2 pada hari ini sudah selesai..segala keringat selama 5 tahun setengah berbaloi dengan segulung ijazah..bersyukur dan rasa terharu dengan apa yang dilalui sebelum ini akhirnya dirawat dengan pengiktarafan yang sangat bermakna buat semua guru-guru baharu IPGM kohort yang kedua.. semenjak semalam sehingga keesoakan hari semua guru-guru baharu IPGM datang ke satu tempat dan satu tujuan yang sama..semoga ijazah yang diterima daripada Datuk  Dr. Wee memberikan semangat kepada kita semua guru-guru untuk terus bersemangat dan mengekalkan jiwa seorang guru Malaysia...kepada semua rakan-rakan PISMP BM-KBM Ambilan Januari 2008 semoga kita bersua kembali walaupun masa yang sangat singkat membantas segalanya..jika ada umur dan masa, harap kitakan bertemu semula..Amin..:)

Sunday, March 11, 2012

12 Mac Hari Bersejarah Guru-guru IPG Kohort 2

0 comments
Dalam beberapa hari lagi aku dan seluruh rakan-rakan guru IPG Kohort 2 akan berkonvo..konvokesyen berlangsung selama 2 hari dan  dipecahkan kepada 4 sidang mengikut opsyen masing-masing.Tak sabar rasanya dan berjumpa semula dengan semua x-PISMP BM IPG KBM 2006-2011..semoga dapat berjumpa dengan kalian dan mengubat rindu...semoga kita akan menjadi guru yang berjiwa guru yang sebenar..amin..:)


Friday, March 9, 2012

Dugaan pada Penghulu Hari

0 comments
Hari ini sangat menduga. Nak pergi solat Jumaat tadi, tiba-tiba tengok tayar pancit. Dah la kerja tak siap lagi. malangnya, tayar lak pancit. menolak la motor aku ke kedai motor yang jauhnya 2 Km berdekatan dengan masjid yang aku nak solat. Memandang waktu solat nak dekat cikgu GPK Koku berusaha membantu aku untuk menanyakan kepada kedai samaada pekedai boleh datang ke sekolah untuk tukar tayar atau tidak. Malangnya tidak. Aku tangguhkan niat aku sementara dan pergi bersolat di masjid berdekatan dengan ditumpangi oleh GPK  Koku.Selepas bersolat aku kembali ke sekolah dengan berjalan kaki dengan panas matahari atas kepala dan kembali semula ke kedai tadi.Nasiblah duit-duit cukup-cukup je. Alhamdulillah semuanya selesai. Dugaan datang tanpa diduga.

Thursday, March 8, 2012

Berdakwah Biar kena Caranya

0 comments
Terdapat sebuah kisah di sebuah kampung. Penghuni sedang berehat dan berbual bersama ahli keluarganya. Sedang mereka beristirehat,datang seperti menyerbu kediaman mereka oleh 4 orang pendakwah. Menanyakan penghuni lelaki dengan nada yang kurang sopan pada waktu yang langsung tidak sesuai menzirahi sesebuah rumah. Mungkin niat mereka baik untuk berdakwah malangnya cara dan pendekatan melulu mereka seolah-olah keras dan kurang berhikmah.Agaknya, bagaimana Islam tidak dapat didikati oleh masyarakat yang sekarang terumbang ambing dan bercelaru sedangkan pendakwah-pendakwah yang inginkan 1001 kebaikan disebarkan, malangnya alatan dan cara mereka tidak berhikmah dan tidak selaras dengan kehendak zaman.

Bagaimana dan mengapa orang yang terumbang ambing dan bercelaru hidupnya dan lari daripada tuntutan agama mahu kembali ke pangkal jalan sekirannya pendakwah-pendakwah yang ingin berdakwah dalam masyarakat masing menggunakan cara yang 'lama' , 'tidak berhikmah', dan tidak kena caranya . Fikir-fikirkanlah.

Thursday, March 1, 2012

Kesibukan Alam Pekerjaan di Sekolah

2 comments
Selama lebih sebulan aku dah bekerja di salah sebuah SJKC di Melaka sangat memberikan kesan dalam seluruh  kehidupan aku..masa memang sangat berharga..aku harap dapat mencoretkannya di sini bila ada masa terluang kelak..