Tuesday, December 6, 2011

Untuk Terakhir Kalinya

0 comments
Assalamualikum.w.b.t kepada semua,semoga kita berada dalam lindungan yang Maha Esa..

Sebentar sahaja lagi aku akan bertolak ke Melaka kampung halaman yang jarang-jarang aku balik.Selama 5 tahun setengah ni.Aku dan sahabat aku akan pulang menaiki kenderaan yang banyak berjasa kepada kami sepanjang kami duduk di  luar asrama IB.Alhamdulillah sepanjang tempoh pengajian kami bersama masalah teknikal melibatkan motor tidaklah terlalu teruk hanya melibatkan masalah kecil seperti tayar bocor.Cuma sekali sahaja yang agak menggelikan hati aku apabila motor milik sahabatku yang selama 3 tahun aku naiki dengan dia tidak pernah patah absorbernya tup-tup naik dengan orang lain habis patah. Masa tu bukanlah aku yang naik tapi kawan yang lain bersama dengan sahabatku tu.Lawak,masa mula-mula dengar cerita motor tu patah dua.Apabila ditanyakan semula rupa-rupanya absorber yang patah.Terkejut jugak aku.Takut jadi apa-apa.

Motor tu pernah bawa aku ke IB,SKPT 1,SKSI,SKBF2, Mid Valley, IOI,Kajang dan banyak lagi tempat di sekitar KL.

Sekarang, aku ada di Taman Cempaka, Jalan Klang Lama,untuk mengurus rumah ni.Membersihkan mana yang patut. Selepas siang semalamnya, aku berangkat pulang ke Melaka menaiki Unser kawan aku.Semuanya sudah dihantar pulang. Hanya jasad aku jer yang belum sampai tetap di kampung halaman.Yang kedua, aku harap kami ditempatkan segera ke sekolah dengan cepat dan lancar.Tak nak lama-lama menganggur.Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan menjadi guru yang berguna dan baik.

Harap sebentar sahaja lagi kami pulang dari Kuala Lumpur ke Melaka dan ke Muar tiada masalah yang besar. Aku mohon supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas ni,dah takda dah nak naik bersama-sama motorsikal tu.Banyak memori bersama motor kesayangan sahabatku tu.Aku hanya menumpang sahaja.Semoga perjalananku untuk kali terakhir ini berjalan dengan baik dan selamat.

ps: Selamat Tinggal Semua...:)

Friday, December 2, 2011

Sahabat Selamanya

2 comments
Tuhan yang Maha Agung,
Aku panjatkan syukur ke hadratMu,
kerna menerima diri sebagai umat Muhammad ,
memilih aku sebagai bakal murabbi
memilih aku berada di dalam keluarga ini
manfaat ilmu hartamu hanya setitik  air di laut yang tersebar luas,
bakal jadikan manfaatkan di alam fana

teman-teman yang mulia,
setiap detik bersama takkan sesaat kubiarkannya berlalu pergi
walau jatuh tersepak
kan kupupuk semula di bahu dijinjing kembali,
perjalanan berliku penuh ranjau berdarah berduri
di penengah kosmpolitan
di Bukit Pantai kita pernah berada

Kini, rindu mulai menyusup disanubari merahku,
kenangan terindah bersama bertahun berabad lamanya,
bersama meredah mengutip sisa ilmu berguna
sesaat sahaja bersama berpisah selamanya
tidak mungkin akan lepas dibenak setiap satunya

Melambai semula angin kenangan
bersama penangan rintangan
agar setiap langkahku teguh dan kukuh


Esok,
kaki melangkah di bumi nyata
agar nyawa masih wujud pada jasad yang realiti
jika tidak,
kita kanketemu semula di sisiNya di Masyar yang pasti
dan perjalanan yang nyata dan kekal abadi
terima kasih sahabat

Thursday, December 1, 2011

Selamat Tinggal Institut Bahasa Selamat Tinggal Semuanya

7 comments
Assalamualaikum w.b.t, semoga kita semua dibawah lindungan yang Maha Esa

Alhamdulillah, bersyukur aku kepada Allah kerana memberikan haluan dan laluan kepadaku. Bermulalah aku mendapat keputusan diterima masuk ke Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur pada tanggal Julai 2006.Setelah usaha dan bantuan oleh sahabatku yang bernama Dzatul Syafiqah dan ibunya yang membantu aku membuat surat rayuan untuk temuduga IPG.Alhamdulillah, walaupun pada awalnya aku tidak beroleh untuk temuduga.Aku akan ingat sampai bila-bila. Setelah mendapat surat panggilan temuduga, perasaan aku dan harapan ibuku bagaikan separuh terlaksana. Dugaan dan cabaran aku sudah bermula semenjak aku mohon untuk belajar di IPG lagi, seterusnya mahu masuk daftar ke IPG melibatkan pelbagai perkara yang menjadi bebanan fikiran kepadaku awalnya. Tuhan memberiku jalan akhirnya. Semua berjalan dengan lancar. Rintangan dugaan yang diciptakan khas untukku, akhirnya dapat diatasi dengan sebaik mungkin.Pesan ibuku, belajar rajin-rajin dan ikhlas insha Allah hidup kita akan diberkati olehNya. Berkat usaha dan doa ibuku yang mengharapkan aku menjadi seorang guru kelak hampir terlaksana kini.

Kini, perjalan 5 tahun setengah sudah menemukan jalan penghujung. Aku, di Taman Cempaka,Jalan Klang Lama ini hanya menghitung hari untuk meninggalkan kota kosmopolitan ini. Gelumang ranjau yang aku sendiri hadapi di sini aku akan jadikan panduan dan pedoman sampailah aku tutup mata suatu ketika nanti. Alhamdulillah, lidah aku sentiasa membasahi kalimat yang mulia itu. Bersyukur kepada Allah kerana memilih aku sebagai umat Muhammad SAW yang diciptaNya sebagai bakal murabbi. Memberi ilmu kepada anak nusaku supaya bukan sahaja manusia yang berilmu, malah menjadi manusia yang manusia.


Kepada sahabat-sahabat PISMP Ambilan Januari 2008, aku akan rindu suara,gelagat, dan sikap kamu semua setiap seorang. Semuanya aku akan sematkan elok-elok di sanubariku yang tidak beberapa kukuh kadangkalanya. Bermula dengan insan yang mula menegur aku dahulu di padang IB, Siti Nasuha sahabat yang paling memahami aku. Adhaa pernah menemankan aku selama aku bersamanya semenjak di asrama lagi. Irzham rakan aku yang selalu mengusik aku sampai geram dan kadangkala hendak membuangnya main-main ke tingkat bawah rumah. Azira, sahabat yang berani dan manja orangnya, tetapi aku pohon ubah sedikit tingkahmu, kadangkala boleh memerangkap para perawan di kelilingmu.Hazana, kawal sedikit apabila bertutur takut ada yang pedih di hati. Afiqah, perempuan yang lemah gemalai dan sopan, cuba belajar untuk jujur sedikit dalam pergaulan. Muhamad, belajarlah untuk hidup bersosial dengan baik suapaya tidak terperangkap dengan duniamu. Azhan pula, belajar untuk lebih menghormati orang lain dan jangan terlalu beralasan ya, tapi kamu baik. Yasser, belajarlah untuk menerima pandangan orang lain, jangan terlalu egois. Aimi,maafkan aku kerana selalu mengusik kamu, mungkin lepas ini aku tiada peluang lagi, harapnya kau akan ingat aku sampai bila-bila. Syahrul, kawal gelak kamu, jaga sedikit hati orang sekeliling dan belajar untuk menjaga hati rakan yang lain tetapi aku suka kerajinan kamu. Hanif, kekalkan sikap kamu yang inovatif supaya aku boleh menggunakan ilmu baharumu.Ameerul, cuba jadi manusia yang rajin dan sedikit bertanggung jawab, buatlah sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh,ubah sedikit sikap sambil lewa tu, tapi kamu lawak orangnya. Safuan, jangan mudah terasa hati kalu kau tak mampu menjaga hati, cuma kejelikan sikapmu membuat kematanganmu sedikit tidak sempurna. Amin, belajar sedikit untuk ada tanggung jawab dan sedikit ubah sikap yang bukan-bukan. Faris, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Ain, jadilah isteri yang baik. Munira, cuma perlu tambah sedikit kejujuran dan berbaiklah dengan sesama manusia. Muhaimin, jangan terlalu kalut dan menerima sedikit pandangan orang sekelilig tentang diri, jagan terlalu menunjuk-nunjuk. Tempoh 5 tahun setengah ini bukan satu perjalanan yang singkat. Setiap satunya antara kamu semua akan aku kenang sampai bila-bila sehingga aku tutup mata satu hari. Coretan aku jujur dan ikhlas dari hati. Mungkin akan membuatkan sebilangan terasa, tetapi aku minta maaf kalau aku silap mentafsir. Yang aku harapkan hanyalah doa kalian untuk aku bila bergelar arwah satu ketika nanti yang pasti. Ingat mati itu pasti, yang tidak pasti kita sebagai manusia. Jadi, ingatlah kita sebagai siapa di bumi Sang Pencipta. Perjalanan menuntut ilmu di dunia perantau kini sampai ke penghujung akhirnya. Selepas ini akan bermulalah pula dunia bekerja dan perasaan bertukar menjadi tenaga pengerak nusa.

Kepada sahabat yang lain yang pernah singgah dalam hidup aku. Terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai salah satu watak dalam hidup kalian. Azli Azri, Faiz Suhaimi,Faiz Raof ingat perjanjian kita,Zulhilmi, Safrul,Hasnur,Gee, Salwa dan yang lain walau tidak tercatat di sini, namun tercatat di hatiku. Sahabat selamanya.

p/s kenanglah aku dalam doamu, lupakanlah aku dalam solatmu..sekali bersahabat terus bersahabat.Aku mohon maaf atas segala-galanya.:)



Jenaka- Umurnya Tinggal 6 Minggu

0 comments
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."