Tuesday, October 25, 2011

Stress jangan ekoriku

0 comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.Dapat juga aku buka semula blog ini semula disebabkan something berlaku semasa nak buka semula akaun gmail aku. Password lama tak boleh masuk dan terpaksa menggunakan password yang common.Tak mengapalah asalkan boleh buka semula akaun gmail.Macam-macam perkara yang aku gunakan akaun tu. Kalau la hilang.Agaknya hilanglah kewarasan agaknya.Apa pun bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada aku untuk membuka semula akaun gmail yang pada mulanya agak sukar hendak dibuka semula.Akhirnya dengan usaha yang gigih berhasil jua.:)
Thank u Allah..

Tuesday, October 18, 2011

Prihatinkah Kita?

0 comments
 

Assalamualaikum..wbt kepada semua...
Malam tadi makan malam bersama dengan Mohamadazhan tiba-tiba keluar di Berita TV3 yang menunjukkan sebuah video pendek yang menunjukkan satu peristiwa yang saya rasa tidak patut berlaku. Apa yang berlaku ialah seorang budak perempuan yang berusia 2 tahun dilanggar dan digilis pula oleh sebuah van dan lori tanpa ada rasa simpati dan tiada langsung sifat kemanusiaan. Yang membuatkan saya emosi apabila orang yang berada di sekeliling yang melihat sendiri budak perempuan itu terbaring dengan kesakitan yang melampau. Bayangkan kalau kaki kita yang  ini digilis oleh sebuah motosikal.Mesti sakit bukan?Inikan pula budak perempuan yang kecil dan digilis oleh kenderaan yang besar. Digilis pula pada bahagian badan dan kakinya. Kini dikatakan koma.Jadi bagaimana agaknya mentaliti masyarakat di sana sehingga boleh menjadi sedemikian?dan siapakah yang patut disalahkan,ibu bapa budak itu? atau orang sekeliling yang tiada perikemanusian?fikir-fikirkanlah.

daripada Hafidz

Tuesday, October 11, 2011

Sahabat Sejati Selamanya-2011

2 comments
Yang ini gambar bersama paling terbaru semasa Jamuan Perdana IPG KBM 2011...

Yang ini pula gambar semasa foundation sekitar 2006 semester pertama di IPG KBM untuk gimnastrada kumpulan 1
 
Yang ini pula gambar semasa foundation sekitar 2006 semester pertama di IPG KBM untuk gimnastrada kumpulan 2


 Persembahan teater kanak-kanak 2010 Si Kodok saya sebagai watak utama..

Gambar ini pula semasa semester 4/2009
Nota untuk sahabatku PISMP 8A/2011:
Kini, semuanya akan berakhir selang beberapa hari dna mungkin kurang beberapa jam sahaja lagi. Masa bersama-sama yang berbaki ini, diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Selepas ini, mungkin agak sukar kami akan bertemu dan berkumpul seperti ini semula. Semua kenangan akan aku kenang selagi nyawa dikandung badan. Nanti kalau nyawa sudah dipulangkan kembali kepada Allah, aku cuma mengharapkan sahabat sejatiku ini mendoakan aku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman , selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat..ameen

Sunday, October 9, 2011

sahabat selamanya

0 comments
baru sahaja semalam iaitu daripada  6 hingga 8/10 /2011 aku dan 16 orang kwanku yang lain balik dari Port Dickson. Di sana, kami bersama-sama kawan2 berehat dan menghabiskan masa yang berbaki bersama-sama.Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa berada di sana. Bermula percutian kami tengah hari sampai di  sana. Kami bersama-sama pergi berjalan ke Tanjung Tuan di sempadan Melaka -Negeri Sembilan. Menaiki ke bukit itu sehingg masing-masing sesat ke satu kawasan persisiran pantai yang sangat cantik. Walaupun sesat kami bersama-sama juga patah balik sehingga dapat menuruni bukit di Tanjung Tuan. Niat di hati ingin melihat batu karang yang dapat di lihat dari atas bukit di situ. Malangnya waktu sudah teramat senja. Jadi sebarang batu karang tidak dijumpai. Sebelah malamnya, kami bersama-sama berbeku di tepi pantai dalam keadaan gelap bercahayakan lampu apartment sebelah kami dan cahaya lampu picit yang sangat uzur pula bateri yang menampung tenaganya. Walaupun berjam-jam juga membakar ayam, kerang, udang dan sosej, lewat malam itu siap juga dan kami bersama-sama menjamah apa yang sudah siap dibakar.Keesokannya kami semua pergi Ostrich Farm berdekatan dengan Politeknik PD. Walaupun di tempat itu tidaklah seberapa menarik, namun kami meluangkan masa bersama-sama sebaik mungkin . Di situ terdapat pelbagai jenis haiwan seperti Burung Unta(ostrich), pelbagai jenis burung, ular, arnab dan kambing. Walaupun haiwan yang sudah biasa kami temui kami hargai sebaik-baiknya. Selepas itu, yang lelaki solat jumaat yang perempuan pula mencari lauk untuk di makan tengah harinya.  Selepas makan tenga hari, petangnya kami bersama bersukaneka bersama-sama dan bermain air laut. Yang paling tidak dapat aku lupakan kami bersama-sama menaiki Banana Boat.Sebanyak tiga kali kami dijatuhkan ke tengah2 laut. Walaupun badan sakit kerana ditindihan secara teruk oleh kawan-kawan, kami sangat gembira. Malamnya pula kami semua makan-makan bersama-sama dan selepas itu, kami bertukar-tukar hadiah dan melakukan satu permainan yang bertujuan menyatakan sesuatu melalui kertas yang diberikan. Kawan-kawan yang diundi akan membacanya. Sangat seronok dan menyedihkan. Walaupun hanya sekadar tulisan tetapi semuanya dapat didengari dan dihayati perasaan yang digambarkan di dalam kertas itu melalui tulisan mereka.Keesokan harinya aku dan sebilangan yang lain menghabiskan masa yang bersisa di tepi pantai untuk mengisi masa. tengah harinya kami check out dan pulang semula ke Kuala Lumpur sementara singgah sebentar di Rembau di rumah kakak salah seorang sahabat kami. Walaupun begitu, masa terakhir yang diluangkan ini akan kami kenang sampai bila-bila. mungkin inilah waktu  terakhir kami bersama-sama. Pejam celik tinggal kurang sahaja sebulan masa kami bersama. Alangkah sedihnya hati ini.Aku harap sesiapa sahaja sahabat yang membaca jurnal ini aku mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang telah aku lakukan selama ini. sehingga kita berjumpa lagi nanti. Insha Allah.Sayang kamu semua..PISMP IPG 8A..:)

by Hafidz

Monday, October 3, 2011

~hanya untukmu..sahabat

0 comments
Assalamualaikum..wbt kepada insan yang mengenali diri ini...
Masa berlalu begitu pantas.Masa belajar di IPG KBM hanyalah tinggal beberapa ketika sahaja.Masing-masing menghitung hari yang kian mengurang waktu dan masanya.Masa bersama-sama, bagaikan ditarik semula.Setelah melebihi setengah dekad bersama, mula kami semua mengenangkan semua kenangan. Daripada pelajar lepasan SPM sehingga kini menunggu masa tamat pelajaran dan seterusnya menyambung amanah sebagai pembangun dan pembina anak bangsa.Walaupun, kami sedayung tetapi kami tidak sekapal.Selepas ini haluan akan berbeza.Menuju cita-cita yang sama. Sahabat, walaupun perpisahan sakit akan dirasa, tetapi manisnya akan kita nikmati bersama. Yang kekal mungkin, hanyalah doa yang dikirimkan.Biar jauh dimata, tetapi dihati jangan. Akan aku kenang 1001 kenangan itu bersama-sama. Bermula kita melangkah di sini sehinggalah langkah itu akan terhenti dan pergi.Daripada ikatan yang erat dahulu kini kian pudar dek ditelan masa.Pengalaman memberikan beribu cerita. Sedih dan gembira habis dirasa.Pahit dan manis menjadi perasa tetap dalam kehidupan kita. Sahabat, di sini aku jadikan tempat untuk bermadah, walaupun tidak bisa kuluahkan dengan kata-kata.Maafkanlah diriku ini, sekiranya kata-kata yang membuat hatimu terguris. Aku, hanyalah insan yang tiada kurnia untuk memujuk hati yang lembut sepertimu wahai sahabat. Sesaaat kita bersama akan aku ingat sampai jiwa dan rohku meninggalkan jasadnya. Cuma,hanya jari jemari inilah yang mampu kukirim  dan kuluahkan daripada jiwa insan bernama sahabat.Selamat berpisah..Semoga takdir memberikan lagi ruang untuk kita bersama-sama.Wassalam.:(


by: Hafidz(1.09a.m:03/10/2011)