Tuesday, September 20, 2011

Kisah Seorang Pemuda Mati dalam Khusnul Khotimah

1 comments
Assalamualaikum.wb.t..ingin berkongsi bacaan dari blog azrijohan.blogspot.com

Kisah pemuda meninggal dalam khusnul khatimah Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.   mayat,huzaifah,husnul hatimah  .

Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik   

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..  
Pada tarikh 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.   Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.  

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.  Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).  Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.

Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.   Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.  Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.  Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.  Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.  Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.  

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.  Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.  Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.  Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.  

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.  ** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.  wassalam  Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.   ditulis oleh Abu Jihah dan didapati dari azrijohan.blogspot.com

Thursday, September 15, 2011

Salam Hari Malaysia dan Salam Kelahiranku 16 September~

0 comments
Assalamualikum.w.b..t kepada semua..
Alhamdulillah. Bersyukur kepadamu ya Allah.Selang beberapa minit sahaja lagi, masuklah lembaran baharu untuk seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut Hari Malaysia yang dipilih iaitu 16 September bagi setiap tahun. Hari Malaysia ini ialah bersempena dengan penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
   Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.Begitulah sedikit sebanyak tentang latar belakang tarikh bersejarah ini iaitu, 16 September  sebagai Hari Malaysia dan kini dikenali sebagai Hari 1 Malaysia. Jadi pada setiap tahun, tarikh 16 September ini seluruh rakyat Malaysia akan bercuti bersempena mengingati tarikh keramat ini. 


   Oleh itu,setiap tahun aku akan berasa gembira berpeluang meraikan juga Hari Kelahiran yang sama jatuhnya pada tarikh 16 September ini. Aku berasa bersyukur dan bertuah kerana apabila seluruh rakyat Malaysia mengenang tarikh ini, sama jugalah aku mengingati hari aku keluar dari rahim suci ibu aku. Alhamdulillah, Allah masih berpeluang memberikan aku hidup dan menjalani kehidupan yang penuh ranjau. ini.Mungkin ini merupakan tarikh atau tahun terakhir aku menyambut kelahiranku sebagai pelajar di IPG KBM atau duduk bermaustatin di Klang Lama, Kuala Lumpur ini, kerana segalanya hanya pada takdir Yang Maha Esa.
    Cuma yang aku harapkan aku masih berpeluang menikmati hidup di dunia dengan penuh kenikmatan dan menjadi hambaNya yang soleh dan melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan dilarangNya sebaik mungkin. Aku juga berharap semua yang tahu akan kehadiran aku di dunia ini mendoakan aku hidup berbahagia dan jua di akhirat. Aku berharap aku akan masih berupaya menyambung hidup pada tahun hadapan pada tarikh yang sama sebagai seorang Pendidik dan anak yang baik kepada kedua ibu bapa aku  yang aku sangat sayangi dan menjadi sahabat yang baik kepada semua  sahabat-sahabatku di SK Paya Redan, SMK Air Molek, IPG KBM, PISMP 8A dan semuanya yang pernah mengenali aku dan supaya aku berpeluang menjalankan tanggung jawab sebaiknya.Tiada yang aku harapkan hanyalah doa daripada kalian semua. Doakanlah aku ya..:)

p/s: semua berbahagia selamanya..semoga berjaya menghabiskan pelajaran Ijazah Sarjana Muda aku dengan baik.Insha Allah.:).daripada Allah aku datang, kepada Allah jualah aku akan pergi..terima kasih Allah, terima kasih semua, terima kasih atas segalaNya.



Saturday, September 10, 2011

Pak Cik Dan KFC..

2 comments
Lokasi : KFC Pendang
cashier : assalamualaikum pakcik..
pakcik : walekumsalam..err.err.
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.

Thursday, September 8, 2011

Kenanganku pada Hari Raya

0 comments
Assalamualaimum wbt...semoga kita bersama-sama mendapat rahmatNya..

Teringat saya semasa sehari dua sebelum hari raya pertama hari itu..sepanjang berpuasa di rumah banyak juga kerja yang hendak diselesaikan..abah dah belikan daun kelapa..mak kata, belilah siap2..mak tak sempat nak buat.. macam-macam perkara yang belum diselesaikan oleh mak..baju rayanya sendiri banyak yang belum siap berjahit..namun, mak tekad untuk siapkan juga sebelum malam raya..daun kelapa tadi  hanya diletakkan didapur..akhirnya, pada waktu sengang, saya memujuk mak untuk mengajarkan menganyam ketupat..walaupun hakikatnya setiap tahun saya pinta mak mengajarkan anyam ketupat, akhirnya hasilnya terkubur begitu sahaja..
saya memujuk emak, "Abah tu nak rasa masakan mak la tu,kesian dia"
"Hah, kalau mak sibuk meh Apit yang anyam" mak terdiam..tapi..mak kena ajarlah dulu.".

akhirnya diambil dan dianyam jika ada masa..saya melihat mak dengan wajah yang sangat kesian kerana banyak kerja yang terpaksa dia buat..hendak menjahit baju yang banyak, menganyam ketupatlah, masak untuk hidangan berbuka nantilah dan menjaga dan menguruskan Aniq dan Amsyar yang menjadi rutinya....saya bertekad juga belajar dengan mak, dengan penuh teliti dan teratur mak mengajar saya menganyam ketupat perlahan-lahan..hampir 3 jam mak tunjuk demontrasi menganyam ketupat..akhirnya saya berjaya menganyam ketupat yang dipanggil mak ketupat sate..apabila saya sudah pandai menganyam mak teruskan kerja menjahit baju..apabila saya dah pandai menganyam adik saya yang lain turut hendak belajar sama..saya pun mengajarkan kepada yang lain..akhirnya adik lelaki saya juga yang dapat..kata mak, tahun depan boleh Apit dan Ami menganyam ketupat, tak payah harapkan mak..harap begitluah kalau masih ingat cara nak menganyamnya...

Alhamdulillah berkat ajaraan mak yang penuh tabah mengajar saya dapatlah juga saya belajar menganyam dan hasilnya dah dirasai hari raya..walaupun ambil masa 15minit sebiji  ketupat disiapkan..malam raya pula, mak terpaksalah juga  mencari masa untuk masak hidangan pagi 1 Syawal..memandangkan tahun ni tahun yang sangat sibuk buat emak kerana menjaga 2 anak buah saya yang comel dan agak nakal..oleh itu,mak langsung sibuk dan tidak membuat sebarang kuih raya..hakikatnya selangkah sahaja kaki mak ke dapur Aniq dah menangis nak didukung..kadang memang tak boleh berpisah dengan mak langsung..kata mak perangai dia menjadi-jadi selepas kebah daripada demam tempoh hari..yelah, mak jaga dia semenjak masuk sebulan selepas kak Ida dapat tawaran bekerja di bandaraya KL..disebabkan tidak berani nak hantar anak-anaknyanya ke mana pusat jagaan kanak-kanak, mak terpaksa mengambil tanggungjawab menjaga Aniq dan Amsyar..disebabkan tahun nie mak sibuk menjaga Aniq dan Amsyar..mak seorang ibu yang sangat tabah dan sangat berpengalaman..yelah anak pun dah lapan orang kesemuanya...apabila hendak momong(menjaga bayi dalam bahasa jawa) semula agak kekok pada permulaan lama-lama boleh juga..kata mak, menjaga budak kita kena tahu hatinya, baru boleh jaga dengan baik..Aniq memang berbeza dengan Amsyar..semasa kecil Amsyar sebaya Anoq dahulu badannya besar dan lagaknya agak ligat dan agresif..Aniq pula, walaupun paras rupa dan fizikalnya berbeza dengan abangnya nakalnya juga jauh lebih hebat..padahal berjalan pun belum betah lagi..menjaga anak kecil memang menguji kesabaran..kadangkala terdetik di hati, kesian kepada emak kerana  dahulu dah menjaga 8 orang anak, sekarang menjaga 2 cucu sekaligus, nasiblah ada adik-adik di rumah yang membantu..harap mak tabah dan menjadi Mak  Nenek yang baik..hehe

p/s semoga Zaidan Aniq dan Zakwan Amsyar menjadi anak yang baik suatu hari nanti..

Kisah Seorang Tomboi

0 comments
 Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum wbt..

Pengalaman mengajar saya erti persahabatan dan erti bersangka baik. Suatu ketika di zaman saya menuntut ilmu. Saya mengenali seorang wanita yang agak pelik tingkahlakunya. Beliau suka berkawan dengan lelaki dan kurang bergaul dengan perempuan. Pakaiannya mengalahkan mak datin. Selalu pakai baju kebaya datang ke kelas. Selalu make-up dengan warna yang pelik-pelik. Dalam bilik beliau make-up, dalam kelas pun make-up lagi. Satu set alat make-upnya sentiasa dibawa bersama di mana jua beliau pergi.
Akibat sikapnya  yang ‘jangok’ (kata orang Terengganu) ataupun terlalu suka berhias, beliau selalu diejek oleh rakan-rakan sekelas. Beliau tiada kawan perempuan yang rapat dengannya. Selalu saja datang ke kelas berseorangan dan pergi ke mana-mana pun berseorangan. Saya adalah teman yang agak rapat dengannya..(maksud saya tak la sampai duduk berdua-duaan). Saya ni jenis yang tak kisah sangat dengan semua benda-benda tu. Berkawan je macam biasa, biarlah apa orang nak kata pun..
tomboy
Saya sering menasihati beliau supaya jangan keluar berjalan sorang-sorang kerana bimbang akan keselamatannya, selalu nasihat beliau tentang cara berpakaian, make-up dan minta dia berkawan dengan rakan-rakan perempuan yang lain. Dia pula selalu ketawa apabila saya menasihatnya. Katanya:
“Awak ni macam seorang nenek la…selalu nasihat itu..nasihat ini…hahaha!”
Saya kata apa boleh buat. Saya sayang kawan-kawan saya. Dah saya nampak tak betul saya tegur la. Dia ketawa saja, katanya ada satu sebab kenapa dia jadi macam tu. Lain kali dia akan cerita.
Suatu hari kebetulan saya sedang menunggu rakan yang lain tiba di kelas, dia tiba-tiba datang berseorangan dengan memakai baju kebaya yang bukan main ketat lagi. Saya tegur dia, “Hah…jalan sorang lagi! Cantiknya baju..tapi tak baik tau pakai baju yang nampak bentuk badan!” Dia pun menjawab, “Habis nak pakai baju mana lagi? Dah baju-baju macam ni je yang mak beli kat saya..saya pakai la!”
Saya: Oh…macam tu pulak? Kenapa mak Ain (bukan nama sebenar) beli baju macam ni?
Ain: Sebab dia nak Ain jadi perempuan..alat make-up, barang kemas dan semua barang-barang Ain mak yang belikan. Kali ni Ain akan cerita dekat Wan sebab apa Ain pakai macam ni..tapi Wan tak payah la cerita kat orang. Ain ni sebenarnya tomboi. Tak suka berkawan dengan perempuan. Kawan dengan perempuan leceh la..benda kecik pun nak besar-besarkan.
Saya: Emm…lama dah ke jadi tomboi?
Ain: Sejak kecil lagi..Ain baru jer berubah masa masuk sini. Ain tak pandai pakai make-up, tak pandai pilih baju-baju perempuan dan memang tak reti nak bergaul dengan perempuan. Barang-barang Ain kebanyakkannya Mak yang beli dan suruh Ain pakai.
Saya: Yer ker? Kalau begitu bagus la Ain dah berubah. Wan suka..Wan percayakan Ain. Tapi dalam Islam ada garis panduannya dalam berpakaian, dalam bermake-up. Ain tak perlu nak pakai make-up yang pelik-pelik..siap ada warna hijau biru lagi kat muka Ain. Tambah pulak dengan efek kelip-kelip tu..macam robot pun ada Wan tengok! Hahaha..
Ain: Habis nak buat macam mana? Ain tak pandai nak make-up. Sebab tu la Ain selalu make-up..dalam bilik make-up, dalam kelas pun Ain make-up lagi..takut tak cantik..
Saya: Kenapa tak tanya budak-budak perempuan kelas kita tu?
Ain: Macam mana nak tanya? Diorang asyik kutuk Ain jer..
Saya: Hehehe…tak pe la Ain, sebenarnya kalau Ain tak make-up lagi bagus. Lagi cantik.
Ain: Tak boleh la Wan..nanti mak Ain marah. Kalau Ain tak make-up mana Ain nak simpan alat-alat make-up tu? Mahal tu..RM200 -RM300 juga habis duit beli benda-benda tu..
Saya: Ain, tak apa la habis duit pun, yang penting tak dapat dosa…
Ain: Takkan la pakai make-up pun berdosa? Dulu Ain lagi teruk..tak pakai tudung, tak pakai baju-baju kurung macam ni. Ain pakai t-shirt dan seluar jeans jer! Kalau buat tu dosa, buat ni dosa..Ain nak buat macam mana?
Saya: Ain berubah macam ni dah bagus, Alhamdulillah..cuma ada cara yang Islam ajar dalam berhias untuk wanita. Kalau Ain tak boleh tanya rakan-rakan perempuan kita yang lain takpe. Wan tolong bagi nasihat kat Ain. Buat masa ni Wan mintak Ain kurangkan sikit make-up tu boleh?
Ain: Okey la Wan..tengok la macam mana…
Saya: Hehehe..Wan tak paksa Ain tau..Wan bagi pandangan jer..Ain ubah sikit-sikit pun takpe..
Perbualan kami tamat lebih kurang macam tu je. Selepas tu Ain memang kurangkan sikit make-upnya. Kami berkawan macam biasa. Setiap kali Ain balik kampung dia akan belajar buat kuih. Dia suka buat kuih roti bersalut coklat (entah apa nama kuih ni saya pun dah lupa) dan bila kembali ke tempat belajar dia akan bawak kuih-kuih tu bagi saya cuba. Saya sentiasa menjadi bahan ujikaji untuk kuih-kuih yang dihasilkannya. Macam manapun rasanya saya akan habiskan (Ain biasanya akan bagi banyak..boleh buat makan 2 hari..huhu) begitu juga makanan, biskut yang emak dia bagi dia akan hadiahkan kepada saya. Katanya tak suka makan biskut.. (Nota: saya bukan kekasih dia. Masa tu dia memang sedang bercinta dengan seorang senior. Dia hanya anggap saya sebagai abang- walaupun umur kami  sama saja).
Setelah beberapa lama belajar di situ dia akhirnya dibuang dari pusat pengajian tersebut kerana pencapaian akademiknya yang teruk. Selepas dia keluar kami tidak berrhubung lagi..lama juga dia menyepikan diri. Saya tak pasti samada setahun ataupun lebih tetapi suatu hari saya dapat panggilan talefon dari Ain.
Ain: Assalamualaikum Wan..
Saya: Wa’alaikumusalam..Ain apa khabar? Ain ada kat mana tu?
Ain: Ain ada kat tempat belajar baru. Ain sihat, Alhamdulillah…Wan..Ain nak bagitahu Wan…Ain sekarang sedang belajar untuk jadi ustazah. Ain ambil bidang syariah. Mula-mula masa Ain bagitahu mak, mak terkejut jugak..tapi syukurlah Mak setuju.
Saya: Alhamdulillah…habis tu Ain belajar kat mana?
Ain: Ain belajar dekat ______(tak perlu saya tulis). Wan..sekarang Ain dah pakai tudung labuh, Ain dah pakai jubah. Ain dah buang semua alat-alat make-up Ain..Ain tak nak make-up lagi dah. Ain ingat pesanan Wan..
Saya: Syukurlah Ain..Wan gembira sangat. Ain belajar betul-betul! Ramai lagi anak-anak muda macam kita sekarang ni tak tahu ilmu agama. Nanti Ain boleh mengajar diorang. Ain pun pernah lalui zaman remaja yang agak teruk..mungkin tuhan nak uji Ain supaya di masa akan datang Ain boleh mengajar remaja-remaja yang melalui zaman remaja hampir sama dengan Ain. InsyaAllah..
Ain: InsyaAllah..harap-harap begitu la Wan..Ain bersyukur dapat kawan-kawan yang boleh nasihatkan Ain. Wan tolong doakan supaya Ain jadi orang yang baik yer..
Saya: Ain memang orang yang baik..cuma Allah nak uji Ain sebab sayangkan Ain..tidak beriman seseorang hamba-Nya kecualilah mereka diuji. InsyaAllah Ain akan jadi lebih baik di masa akan datang..Wan pun masih teruk macam dulu jugak..hahaha…macam mana rupa Ain pakai tudung labuh dengan jubah yer? Wan teringin nak tengok..hehehe..
Ain: Hahaha..jangan la Wan, Ain nampak kelakar la..malu la..
Saya: Bila dah pakai elok-elok, tutup aurat dan sebagainya tahu pulak malu..tapi masa bukak situ sini, pakai pakaian ketat tak malu pulak. Pelik betul orang kita sekarang ni..hehe..Wan gurau jer..
Ain: Wan nak kutuk orang la tu!
Muslim-Girls
Perbualan kami selepas itu berkisar tentang kisah-kisah lama bersama-rakan-rakan yang lain. Sehingga kini sudah 8 tahun rasanya saya tidak dengar sebarang khabar berita dari Ain. Namun saya bersyukur berita terakhir yang saya tahu, Ain sedang berusaha menjadi seorang ustazah. Mungkin Ain sudah jadi ustazah sekarang,? Saya tak tahu, saya cuma harap Ain sentiasa jadi lebih baik dari sebelum ini dan menjadi seorang sahabat yang boleh menasihati saya pula di masa akan datang. InsyaAllah…
Ada satu ketika seorang lelaki yang mengaku akan berkahwin dengan Ain datang berjumpa saya. Katanya Ain kirim salam..setiap kali dia jumpa saya dia akan beritahu yang Ain kirim salam sehinggalah suatu hari dia datang dan bertanya:
Dia: Wan ada apa-apa ke dengan Ain?
Saya: Tidak…saya dah lama tak hubungi dia…kenapa?
Dia: Tak ada apa-apa cuma setiap kali saya duduk dengan dia, dia selalu cakap pasal Wan, kalau saya jumpa Wan dia selalu minta sampaikan salam. Tapi dengan kawan-kawan yang lain dia tak sebut pula.
Saya: Hehehe…kesian dekat Ain..sebenarnya masa dia duduk kat sini hanya saya la kawan baik dia. Sebab tu la dia  cakap pasal saya je. Kalau tak dia nak cakap pasal siapa lagi. Dia memang ada kawan dengan orang lain juga, tapi mereka jarang memberikan nasihat yang baik, asyik mengutuk jer. Huhu..
Dia: Oh…hehe..terima kasih Wan!
Dari kisah ini dapatlah kita membuat kesimpulan, manusia boleh berubah..bergantung kepada kita saja untuk memberikan mereka peluang atau untuk memulaukan mereka. Saya tidak suka pendekatan untuk memulaukan seseorang..saya lebih suka mendekati mereka. Dan inilah yang diajar dalam dakwah islamiah..

Nota: Perbualan di atas tidak semestinya 100% tepat kerana saya memang sudah terlupa satu-satu ayat yang saya dan Ain sebut. Namun apa yang kami bualkan samalah maksudnya seperti yang tertulis di atas. Cerita ini berdasarkan pengalaman saya dan tiada sebarang tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik. Jika ada yang tersilap itu mungkin diluar pengatahuan saya dan saya dahulukan dengan ucapan maaf…
Tulisan asal wanwma.com
  

Dia Juga Manusia Biasa

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum wbt..
Fahamilah cerita ini,ambilkan pengajaran dan pedoman disebalik apa yang berlaku..

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?



Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf  MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu. Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya. Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami.
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga. Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul. Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum? Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya, pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama.
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata:
“Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka. Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah. Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan? Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%? Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati”
Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampailah terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama”
Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


p/s: tidak kira siapa kita, apa jua kedudukan kita didunia ini kita tetap sama pada pandangan Allah. Yang membezakan kita dengan manusia lain hanyalah iman yang kita pelihara dan ketaqwaan dan kepatuhan kit akepada Allah swt...tulisan asal langitilahi

Wednesday, September 7, 2011

selamat kembali dunia blog

0 comments
Assalamualaikum..wbt

Alhamdulillah bertemu semula diruangan ini..selepas lebih seminggu bercuti di kampung halaman, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar..cuma tahun ini raya dan suasananya tidak sebegitu meriah seperti tahun yang lepas-lepas..mungkin tiada kesempatan semua adik beradik saya sendiri untuk bersama-sama berkumpul bersama pada hari Raya Pertama..namun, tak mengapa,sekurang-kurangnya dapatlah juga saya berjumpa dan meminta maaf dengan saudara terdekat saya dengan baiknya..alhamdulillah..walaupun, tidak seseronok beraya pada tahun ni, harapnya tahun hadapan dapat menebus keseronokan pada hari raya..1434H..

p/s;masih ada masa untuk beraya lagi..jom beraya..:)