Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Ulu Langat

3 comments
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,   2) Nael, 8,  3) Shahrul, 9,  4) Boboy, 10,  5) Farid, 34,  6) Eqim *   7) Zaim *  8)Angah *    9)Rahimi *   10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,  2) Hairis *  3) Harris *  4) Akmal *  5) Aizat *  6) Alaudin *  7) Irwan, 33,  8) Din, 30,  9)Syafiz, 22, 

Enam yang masih tertimbus ialah: 1) Riz, 9,  2) Lokman, 11,  3) Fahad, 9,  4) Aiman, 10,  5) Hazim, 9,  6)Hasril, 11, * umur tidak diketahui - BERNAMA










p/s:Alfatihah kepada yang telah pergi.Yang masih tertimbus,kita doakan supaya ditemukan mereka nanti.Ameen

Monday, May 16, 2011

Aku Ingin Berubah...:))

4 comments
Disebabkan sekarang musim peperiksaan budak-budak IPG(Institut Pendidikan Guru) jadi saya menulis entry yang ada berkaitan AKU INGIN BERUBAH..


Gejala-gejala pelajar apabila peperiksaan tiba.     
1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku. tak pun ngadap jer laptop gaya macam mencari maklumat tambahan.ceh ceh. 
2.  Membaca dengan kadar yang cepat atau membaca mentalis(membaca untuk memahami) .mentang-mentangla cikgu B.Melayu. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif ngn esei.. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..:)   
3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.Haha.memanglah sangat tepat. kadang-kadang dah makan ke belum pun dah terlupa..sedar2 perut dah masuk angin.Minyak angin cap kelapad layarla,kepala rimau lah semua berderet dah macam lotion gamaknya.hehe.itu belum lagi selsema la demam la dok hinggap time2 macam nie..hehe
4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.    
5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!
 6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…     
7.  Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?    
8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)    
9.  Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.     
10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.     
11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.     
12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!     
13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..    
14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)     
15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.harap2 buatlah yer.Ikhlas2.hehe    
 16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan AKU INGIN BERUBAH. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk.Tapi tengok semester berikutnya hampeh.hahah lawak.



p/s;Tapi sekarang dah duk luar.Malas pun dah tahap cipan dah sekarang nie.hehe.Duk kat bilik tak keluar2 alasan study padahal tangok movie je lebih.Alasan hilangkan stress.Tak caya tanyalah dengan Muhamadazhan.com .Hehe..jangan marah ya..Kita study sama2 na..

Kredit jugak untuk Laman Muslimah Optimis.

Laman Muslimah Optimis Buat Pertandingan..:)

0 comments
Jom masuk Pertangdingan Menulis Entry Aku Ingin Berubah 
daripada bloger Laman Muslimah Optimis...
 



Jika ada masalah join la dengan Laman Muslimah Optimis

Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih Cikgu :)

2 comments
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seMalaysia.Terutama kepada semua guru-guru yang telah berusaha mendidik saya sejak saya di bangku Prasekolah sehinggalah sekarang di IPG(Institut Pendidikan Guru) Kampus Bahasa Melayu.Rentetan menimba ilmu bermula saya di Prasekolah di SK Paya Redan sekitar tahun 1994 dan masuk ke tahun satu sehinggalah ke tahun enam di sekolah yang sama pada akhir tahun 2000. Pejuangan menuntut ilmu saya diteruskan apabila masuk ke SMK Air Molek selama lima tahun semenjak tahun 2001 sehinggalah tahun 2005. Hasil titik peluh semua guru-guru dan berkat mereka semua, saya pula akan menjadi pelapis kepada profesion mereka, InshaAllah satu hari nanti. Sememangnya cita-cita menjadi guru telah saya tanamkan dalam jiwa semenjak dibangku sekolah rendah lagi dan berkat doa ibu bapa dan usaha saya inilah hasilnya. Walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang murid yang cemerlang dalam prestasi akademik tetapi hanyalah usaha yang biasa-biasa dilakukan ini. Namun, saya tetap bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana memberikan laluan yang baik dan semulia ini dan cita-cita saya selama ini akan termakbul dalam beberapa bulan sahaja lagi.Doakanlah supaya saya juga akan menjadi seorang guru yang berkaliber dan yang paling penting ikhlas terhadap tugasnya mendidik anak-anak bangsa.Insha Allah.:)Untuk itu saya rakamkan sebuah sajak ciptaan saya sendiri kepada semua yang bergelar guru:

Ketika Dia Teguh Di Hadapan


Ketika dia teguh di hadapan,
aku di belakang mendengar,
dengan gema suaranya,
ada tinggi rendahnya,
halus terus menyusup di benak akal,

Ketika dia teguh di hadapan,
aku di belakang mendengar,
kalimahnya satu persatu aku teliti,
mengerti berhati-hati,
dengan bersenjatakan tajam kapur,
diukir elok ilmu di dada,
dengan berperisai papan hitam,
teguh ditahan pekerti mulia,
dengan pengalaman sedia ada,
disiang halus hitam dunia.


Ketika dia teguh di hadapan,
aku dibelakang masih mendengar,
bibirnya manis,
pandai mengukir senyum dan tawa,
langsung tiada cacat cerca,
dalam dia berkata-kata.

Kini,
aku pula dihadapan,
menyambung warisan si guru tua,
anak bangsa usaha dipelihara,
dengan ilmu didada,
dengan teguh pekerti mulia,
dengan segala apa yang ada
aku semahu-mahunya,
tiada sezarah aku menyimpannya
menyebar ilmu seluasnya kepada mereka anak bangsaku.



-hafidz-
3.10a.m
10 Ramadhan 1429h
Bilik C4

 



Saturday, May 14, 2011

Semoga Berjaya..:)

0 comments
Semoga berjaya diucapkan sepada semua rakan IPG Kampus Bahasa Melayu dan semua rakan IPGM..semoga berjaya dengan berkat dan menerima keredhaanNya..
Khas juga buat, rakan-rakan semester 7 dan rakan Pengajian Melayu..Semoga berjaya dalam peperiksaan semester ini ya..:)

~Temasya Sukan ke-53 tahun SK Brickfields 2~

0 comments
Temasya sukan ini diadakan pada 14 Mei 2011 siang tadi di SK Brickfields 2. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00petang. Acara berjalan dengan meriah dan lancar. Kami diundang untuk bersama menjayakan acara ini. Tak sangka walaupun sudah lebih seminggu kami meninggalkan sekolah pada praktikum Fasa ketiga ini kami disambut baik oleh guru dan semua murid-murid. Dapat hadiah lagi.. Hehe.. Seronok dan gembira kerana mereka dapat menerima kami dengan sebaik-baiknya, walaupun kami bukanlah lagi warga sekolah ini. Walabagaimanapun, semangat kesukanan tidak dapat ditahankan lagi kerana saya rasa perlu memberikan semangat kepada anak-anak murid semua walaupun hakikatnya sudah mengetahui rumah sukan Hijau saya sukar untuk memperoleh kejayaan atas pelbagai sebab..namun, itu bukan yang dicari tetapi semangat kesukanan dan berjuang itu yang paling penting. Walaupun hakikinya ada yang menang dan ada yang kalah tetapi bagi saya kemenangan untuk semua hari ini kerana semua berjuang habis-habisan..terbaik dan syabas untu semuanya..:))













Wednesday, May 11, 2011

Unik dan Agungnya Ciptaan Allah..:)

0 comments
Bila tengok video nie geli pun ada.Yelah tengok bagaimana pergerakan lembut octopus ni. Dengan liuk lentuknya yang mengelikan dan boleh menukar warna pada bila-bila masa dalam masa yang sangat cepat. Tapi bila berfikir wow.. amazing..subhanallah..unik dan pelik..:)

Permainan Minda atau ?

0 comments
Haha. Mula-mula tengok terfikir bagaimana cara dia buat benda tu. Akhirnya, baru tahu rupa-rupanya...:)

Cinta Monyet..

0 comments

Inilah contoh budak sekarang. Apalah nak jadi.Yelah baru tahun 4 dah pandai bercinta cintun la pulak. Memang la realiti manusia mencintai dan dicintai itu adalah realiti dan naluri normal manusia.Tapi kenapalah kat page album saya jadi tempat meluahkankan perasaan cinta. Nasib baiklah anak murid saya nie matang orangnya walaupun tahun empat..lawak, lawak.Klik kanan untuk besarkan..Apa pendapat anda semua..:)

Sunday, May 8, 2011

Saya Dah Tak Nakal Lagi Mak..:(

0 comments
 Doa Untuk Kedua Ibu Bapa
 
 
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Bismillahirrahmanirrahim.....  Mak….. Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari….. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….  Mak tau tak….. itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa….. dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh….. nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..  Mak macam dah sedia….. Seminggu sebelum tu….. mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai….. Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…. tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih….. kakak pun rasa hairan….. mak tak penah buat gitu…..  pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak….. tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …… kengkadang siaran indonesia .. mak terus tekun menganyam… Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…  Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…. pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..  paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari….. ada kat dalam dalam beg….. ada dalam ASB….. ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi…. ada kat dalam gulung tikar…..  masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar… kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa… mak cuma gelak jer… eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..  Mak….. 


Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut….. bila malam tu kiter sampai dari KL….. mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk….. mak tetap takmau pi hospital…. . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor… ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..  Mak tetap tak bersetuju… .. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk…. mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. …  Mak….. amponkan kami semua… kami nak mak sehat… kami sayang mak… kami tak mau mak sakit… kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…. ampon kan kami yer mak….  Mak….. Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter… Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta…. Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula… kalau tak cukup, mak kan banyak duit… mak gelak ajerr…..  Lepas tu bila kereta kiter sampai…. mak buat kenduri kesyukuran.. …. Dan kiter masih ingat lagi… bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor….. Punya la kiter takut… kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…… Bila balik sahaja kampong…. kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj….. Tapi mak perasan juga bumper depan kemek… mak tanya kenapa…? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..  Mak…. tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau… Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar… mak, kiter menipu mak kan .. ampon kan kiter…. Mak….. 


Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital…. nurse tengah balut mak dengan kain putih….. mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…. Mesti mak nampak abang cium dahi mak….. Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak…. Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu… mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn  Mak tau tak…. Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar… Adik kat sebelah diam melayan perasann… Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini… jalan di depan terasa makin kelam….. airmata dah tak mampu di tahan…. Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela… Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga… di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong. …sekosong hati ini….. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …… terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….  Mak….. Kiter masih ingat lagi…. Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak… 

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …. Anak2 mak yang pangku masa mak mandi…. Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak….. Kiter gosok kaki mak perlahan lahan….. Mak perasan tak…?  Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter….. Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..” Bila makcik tu kata gitu… lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….  Mak….. Sampai takat ini surat ni kiter tulis….. kiter nangis ni….. Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi…. Takder orang yang bangun lagi….. kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih… kiter rindu kat mak..! Takpa la….. nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak… mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… . Semua anak2 mak mengelilingi mak… menatap wajah mak buat kali terakhir…. Semua orang kata mak seolah2 senyum aja… Mak rasa tak…. masa tu kiter sentuh dahi mak…. kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk….. Kiter tak mampu nak cium mak… kiter tak daya…. kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar… Airmata kiter tak boleh tahan…. Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak… tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….  Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…. Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik… badan akak terasa panas… makk… anak mak yang seorang tu demam….  Mak tauu… cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak….. 


Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi… Begitu terasa kehilangan mak… boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata… Dan sampai satu tahap…. masa tu malam jumaat selepas maghrib… Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. …. entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi… semakin kiter tenung terasa semakin sayu… tangisan tak dapat dibendung…  Mak tauu… kiter cuba bertahan…. memujuk diri sendiri tapi tak juga reda… Kiter rasa nak telefon mak… nak cakap dengan mak…. anak mak yang ni dah tak betul kan ..? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong… Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi… Puas la kakak memujuk kiter… Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..” Dan akhirnya akak juga nangis…..  Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati… rasa nyilu sangat… menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni…. Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma… hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..  Mak…. cukup la sampai sini dulu…. kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu…. kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid… selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan …. kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak… esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula…. Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih… pastu kawan kiter bgtau… simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje… Takper yer mak…k iter kasi orang lain baca… Kiter stop dulu… sebab kawan kiter dah lama tunggu tu… akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter… memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang… boleh rasa duduk kat negara orang… s ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..  Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil  Surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Sumber wanwma( Iluvislam)

Sunday, May 1, 2011

0 comments
 
Untuk ibu yang tersayang....

Ibu,
Raut wajahmu mengingatkan kenangan yang lalu,
mengenang kembali kisah kita bersama,
dahulu,
kita payah,
duduk tinggal kita seakan tidak sempurna adanya,
walau masih kecilku ketika itu,
aku mampu membantu mengurang sengsara derita dirimu,
dengan senyum manis seorang anak kecil.

Ibu,
aku sayang padamu,
segala yang kuada kini,
adalah berkat doa yang kau panjatkan padaku,
tak lekang dipanas tak basah dek hujan,
doamu mengiringi keberkatan hidup yang mulia,
kudambakan suatu ketika nanti,
kita akan kecapi bahagia,
bahagia yang kekal,
bukan di dunia,
di akhirat yang sempurna..

Nukilan Hafidz Suhfiz@warnadanaku