Monday, February 21, 2011

Kejohanan Sukan Zon Bangsar

2 comments
Hari ini aku berkesempatan menjenguk anak murid aku yang kelihatan terbaik dalam pertandingan lari 4x100meter.Aku yang berada di ruang tepi stadium sangat menanti debaran murid-murid hasil didikan kami bertiga. Latihan yang dilakukan kami hanyalah 2 kali sahaja. Dengan tidak ada padang sekolah dan menggunakan ruang mana yang ada dan meminjam padang sekolah lain.Walaupun, dalam keadaan anak-anak murid yang sangat dhaif tiada 'spike' hanya berkasut sekolah dan kasut sukan yang lusuh, murid-muridku sangat bersemangat dan hampir mendapat tempat dalam saringan tadi. Murid-muridku juga digelar budak ajaib. Ianya untuk memberikan semangat kepada mereka semata-mata.Cuma, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.Perasaan gemuruh anak-anak murid yang kelihatan dari air mukanya sangat kelihatan.Walau bagaimanapun aku sangat seronok dan berbangga dengan anak-anak muridku. Peluang masih ada esok hari. Semoga berjaya. Buatlah yang temampu.Itu sahaja yang diharapkan.




Saturday, February 12, 2011

Yang Indah

0 comments



Gambar ini yang diesdt sendiri menggunakan Adobe cs3..baru-baru mahu belajar mengedit gambar..

Monday, February 7, 2011

Sebermulanya Praktikumku...

0 comments


Bangun seawal tepat 6.00 pagi hari ini memberikan gambaran betapa terujanya aku hendak ke sekolah praktikum kali ketiga ini. Sesampainya di sana aku merasakan tidak keruan. Entah seperti ada sesuatu yang berlaku. Tetapi setelah sampai dan memulakan hari pertama di sana, aku mula merasakan ada hikmah mengapa aku ditempatkan di sana.Apa pun aku sangat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan di SK Bricksfield 2.Hari esok? entah siapa yang tahu..